nuffnang

Sunday 29 April 2012

I Hate That I Love You -episode 22 (finale)



Yeon berlari menuruni anak tangga . Hara mengekorinya dari belakang .
"Aigoo~~ kenapa lif rosak lagi ? ya ! Yeon ah~ tunggu !" Hara mempercepatkan langkahnya .
Setelah tiba di tingkat 2 Yeon dan Hara membetulkan pakaian serta rambut mereka yang agak berserabut .
"Muka saya ok tak ? Omo~ make up saya dah cair ..."
"Gwenchana Hara ah~ awak tetap nampak cantik . Dah, jom masuk ." Yeon menarik tangan Hara masuk ke bilik mesyuarat .


"Omo~ manjanya anak omma ni ." kata Puan Kim melihat Gikwang menyuap aiskrim ke mulut Min .
"Biasalah omma, mengada betul . " gurau Gikwang . Min sudah menarik muncungnya .
"Malam ni awak tidur luar !" Min terus masuk ke bilik lalu mengunci pintu . Gikwang tersentak lalu memandang Puan Kim .
"Alah, sekejap je tu Gikwang . Cuba kamu pujuk dia, elok la tu . Ibu mengandung memang emosi sikit ." Puan Kim tersengih lalu meninggalkan Gikwang keseorangan di ruang tamu .
Gikwang mengeluh ...



"Yeon sihat ? Omma dan appa macam mana ?" tanya Shin di hujung talian .
"Sihat je . Omma dan appa macam biasa lah . kali ni omma ke Paris dan appa ke Malaysia ." jawab Yeon .
"Baguslah tu . Joon ?"
"Ok kot . Entahlah~"
"Entahlah ? Kamu tak lawat dia ?"
"Tak . Dia tak kasi . Lantaklah dia tu .. Malas saya nak fikir . Shiki macam man ? Dah boleh berjalan ?" Yeon teringat akan bayi perempuan itu .
"Shiki ? Mestilah dah . Dia pandai sebut omma tau ! Shin ajar dia cakap korea je . Haha~" Yeon tersenyum mendengar suara bahagia Shin .


Sementara menunggu Hara memilih pakaian, Yeon keluar dari butik itu untuk mengambil angin .
Ramai orang melihat Yeon . Maklumlah, Yeon kini sudah jadi penulis lagu yang tidak kurang hebatnya . Hara pula sudah berhenti menyanyi dan menumpukan kerjanya pada bidang lakonan . Hara dan Junhyung masih bersama tetapi hubungan mereka kelihatan renggang semenjak Junghyung bertukar ke syarikat CUBE dan menyertai kumpulan penyanyi B2ST .
Yeon dan Joon pula ... Pertunangan mereka ditangguh hampir setahun kerana perkahwinan Shin . Beberapa bulan selepas itu, Joon terpaksa berkhidmat untuk negara dengan menjadi tentera laut selama 4 tahun .
Sepanjang Joon berada di sana, Yeon tidak dibenarkan oleh Joon untuk melawatnya . Setahun hanya beberapa kali sahaja mereka bertemu, itupun kerana Joon mendapat pelepasan untuk keluar selama beberapa jam .
Mengingatkan hal itu Yeon menjadi geram . Kalaulah Joon melamar dengan lebih cepat, tentu mereka sudah bergelar suami isteri pada waktu ini .
"Sorry, lama sangat ." kata Hara yang baru keluar dari butik itu dengan beberapa beg di tangannya .
"Banyaknya baju ?"
"Hihi .. Biasalah~"

Setelah menghantar Hara pulang, Yeon memandu ke arah rumah Joon . Dia memberhentikan kereta berhampiran dengan rumah Joon .
Yeon terus memerhatikan kawasan rumah Joon . 
"Kereta Gikwang takde .. Pergi ambil dia ke ?" Yeon mengeluh.
Dia meletakkan kepalanya pada stering kereta . Yeon melihat jam di pergelangan tangannya .
"Patutnya dah sampai ni~"
Yeon mengangkat kepalanya lalu ternampak sesusuk tubuh yng datang dari arah bertentangan . Yeon cepat-cepat keluar dari kereta . Dia melangkah perlahan-lahan .
"Omo ! Yeon ? Yeon ke ? "
Yeon menyilangkan tangannya .
"Ya~Lee Joon pabo ! Kenapa lambat sangat ?"
Yeon tersenyum lalu pergi ke Yeon .
"Rindu saya tak ?" Joon tersengih .
"Awak in......" Joon terus memeluk Yeon .
Muka Yeon menjadi merah . Mungkin kerana kekok . Dia menolak Joon .
"Tengok, muka awak merah . Saya tahu lah awak rindu, kan ?" Joon mencubit pipi Yeon .
Yeon memandang Joon . Tiba-tiba setitis air mata megalir di pipi Yeon .
"Nappeun namja ! Saya je yang rindukan awak ! Tapi awak ? Langsung tak bagi saya lawat awk ! Neppeun !" Yeon menumbuk dada Joon dengan tangisan .
Joon tersenyum lalu menarik Yeon dalam dakapannya .
"Siapa cakap saya tak rindu ? Saya rindu sangat-sangat . Saya tak bagi awak datang sebab kat kem tu semua lelaki dan saya takut kalau mereka terpikat kat awak . "
Yeon menolak Joon .
"Takut ke jealous ?" air mata Yeon sudah kering .
"Dua-dua .." Joon tersengih . Dia menarik badan Yeon lalu merenung mata Yeon .
Yeon seolah-olah mengerti lalu mendekatkan mukanya pada muka Joon .
"Oppa !"
Joon dan Yeon tersentak lalu memandang pada seorang wanita yang baru keluar dari sebuah kereta berwarna merah .
"Min ? Omo ! Min ! Perut kamu dah besar !" Joon berlari pada Min lalu memegang perut Min .
"Baru 6 bulan la .." kata Min .
"Annyeong~ Samchon here .." Joon berkata pada perut Min .
"Yeon pun ada ?" tanya Gikwang .
Yeon hanya tersenyum .
"Oppa, nappeun namja !" marah Min .
"Aish~ ni kali kedua orang panggil saya nappeun .." Joon memuncungkan mulutnya .
"Yelah, kami tunggu oppa depan kem . Kemudian mereka kata oppa dah balik . Oppa tau tak betapa geramnya say ?" Min mencekak pinggang .
"Really ? Huu~ Mian, kamu pun satu . Lain kali call lah dulu ." Joon menjelirkan lidahnya .
Yeon dan Gikwang hanya tersengih melihat gelagat dua beradik itu .

"Nah, sayur .."
"Ini isi ikan, omma dah buang tulangnya ."
Joon tersenyum riang . Tak sangka ommanya menyediakan begitu banyak makanan untuknya .

Malam itu Joon dan Yeon duduk di taman permainan berdekatan dengan rumah Joon .
"Sejuk ?" tanya Joon kerana angin pada malam itu agak kuat .
"Sikit je . "
Joon memeluk bahu Yeon .
"Bila omma dengan appa awak balik ?"
Yeon hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu .
"Kenapa ?"
Joon tersenyum .
"Saya nak tunaikan hajat saya yang tertangguh dulu ."
Yeon mengerutkan dahinya . 'Hajat ? Kahwin ke ?'
Yeon memandang Joon .
"Ye, hajat saya untuk jadi nampyeon awak ." Joon memeluk Yeon dengan lebih erat .
"Kalau nak tunggu omma dengan appa saya, rasanya lama lagi la .." kata Yeon hampa .
Joon melihat jam di tangannya .
"Saya rasa sempat lagi ni ."
"Sempat ? Nak buat apa ?" tanya Yeon .
"Kahwin !"
Joon menarik tangan Yeon .





-end-



I Hate That I Love You -episode 21


Yeon bergegas melangkah menurun anak tangga .
"Omma !" Yeon memeluk Puan Cho yang baru saja melangkah masuk ke rumah .
"Yeon, kenapa ni ?" Puan Cho pelik kerana Yeon jarang berbuat begitu kepadanya .
"Tada !" Yeon mengangkat tangan kirinya . Puan Cho tersentak . Dia memegang jari Yeon .
"Cincin ? Yeon, kenapa omma tak tahu ? Siapa yang melamar ni ? Bila masa Yeon bercinta ?" tanya Puan Cho dengan satu nafas .
Yeon tersenyum gembira .
"Erm.. nanti Yeon bawa dia jumpa omma ." Yeon memeluk lengan ommanya .
"Omma je ? Appa ?"
Mata Yeon terbeliak .
"Appa ?! Bila appa sampai ? Bukankah minggu ni appa kena pergi LA ?" tanya Yeon .
Encik Park mengusap rambut anaknya itu .
"Haritu Shin call appa . Dia cakap appa nak dapat menantu ." kata Encik Park .
"Nampyeon ah? Shin bagitahu awak ? Kenapa awak tak bagitahu saya ?"
Shin dan Yeon berpandangan sambil tersenyum .

"Yeon..."
"Yeonnnnnnnnnnnn"
"Ya ? urm, sorry . Termengelamun pulak ." Yeon tersenyum malu .
"Ish..mesti mengelamun pasal saya kan ?" Joon tersengih .
"Perasannya..." Yeon mencubit perlahan pipi Joon .
Joon hanya tersengih .
"Relaks je awak tadi kan ? hihi"
"Relaks ? huh.. gementar gila awak tahu ? Omma dan appa awak soal saya macam saya ni penjenayah bersiri je . Dah tu, awak dengan Shin boleh pulak tinggalkan saya ." ujar Joon .
"Eleh.. yelah tu . saya tengok tadi tenang je awak jawab soalan mereka ."
Joon senyum . Dia mendekatkan duduknya dengan Yeon .
"Yeon, awak yakin ke dengan saya ?"
Yeon mengerutkan dahinya .
"Yakin ? kenapa ?"
"Erm.. maksud saya . Awak yakin ke yang saya mampu jadi teman yang baik untuk awak ? Yelah, dulu kan saya pe..." Yeon meletakkan jari telunjuknya pada bibir Joon .
"Saya tak kisah pasal benda yang dah lepas . Saya tak kisah kalau dulu awak bencikan saya . Yang penting, saya sayang kat awak ." Yeon memeluk Joon erat .
Joon tersenyum lalu membalas pelukan Yeon .

"Omma tak setuju ." kata Puan Cho tenang .
"Tapi omma .. kami saling sayang menyayangi . Omma, tolonglah restu kami .."
Puan Kim mengeluh perlahan .
"Tak . Kamu berdua tak boleh bersama .. Omma takkan beri restu ." Puan Cho masih berkeras .
"Omma, kami bukan buat benda yang salah pun .. omma..."
Puan Cho mengurut dadanya .
"Macam mana dengan budak lelaki yang bersama kamu di Sokcho tu ? Kamu bukan bercinta dengan dia ?"
"Bercinta ? Tak lah omma ..kami cuma kawan . Omma, apa salahnya kalau saya nak kahwin dengan dia ? Omma restu sajalah .."
Yeon yang sedang menonton video terus mencelah .
"Omma .. kenapa omma tak restu Shin ?"
Puan Cho memandang Yeon .
"Yeon, kamu nak ke abang ipar yang lebih muda dari kamu ?"
Yeon tersedak .
"Lebih muda ? omo~ siapa ni omma ? Shin ? Yeon kenal ke ?"
"Tak" jawan Puan Cho dan Shin serentak .
"Cakaplah siapa ..." kata Yeon .
"Kimura Otoshi ." kata Shin dengan senyuman melebar .
Yeon mengerutkan dahinya .
"Dah la nama pun pelik . Lagi satu, macam dah tak ada orang korea sampai kamu nak sangat kat budak jepun tu .." ujar Puan Cho .
"Mana ada pelik la... Nama dia sangat comel .. hihi"
Puan Cho mengetuk kepala Shin .
Yeon hanya tersenyum . Entah bila masa pula Shin berkenalan dengan orang jepun itu ...


Yeon mengeluh .. "Bila nak start practice ni ?!" jerit Yeon .
"Nantilah~" jawab mereka serentak .
Mereka masih leka melihat gambar serta cincin pertunangan Shin .
Yeon terdiam . Dia melangkah keluar dari bilik latihan lalu duduk di kerusi panjang yang memang tersedia di tepi pintu .
"Err.. Yeon, kenapa ni ?" tanya  Joon yang baru keluar dari bilik latihan .
Yeon hanya mendiamkan diri .
"Awak marahkan Shin ?"
Yeon memandang Joon lalu megerdipkan matanya tanda 'ya'
Joon tertawa dan berhenti selepas menerima jelingan Yeon .
"Sebab dia, saya dengan...."
"Yeon, tak baik cakap macam tu . Bukannya kita kena berpisah pun .." Joon memeluk bahu Yeon lalu mencuit hidung Yeon . Dia tersenyum melihat Yeon masih memuncungkan bibirnya .
'Shin ni pun satu~' kata hati Joon .
Pertunangan Joon dan Yeon terpaksa dibatalkan kerana Shin akan berkahwin dengan Kimura, seorang peguam muda dari Jepun .