nuffnang

Sunday 29 April 2012

I Hate That I Love You -episode 22 (finale)



Yeon berlari menuruni anak tangga . Hara mengekorinya dari belakang .
"Aigoo~~ kenapa lif rosak lagi ? ya ! Yeon ah~ tunggu !" Hara mempercepatkan langkahnya .
Setelah tiba di tingkat 2 Yeon dan Hara membetulkan pakaian serta rambut mereka yang agak berserabut .
"Muka saya ok tak ? Omo~ make up saya dah cair ..."
"Gwenchana Hara ah~ awak tetap nampak cantik . Dah, jom masuk ." Yeon menarik tangan Hara masuk ke bilik mesyuarat .


"Omo~ manjanya anak omma ni ." kata Puan Kim melihat Gikwang menyuap aiskrim ke mulut Min .
"Biasalah omma, mengada betul . " gurau Gikwang . Min sudah menarik muncungnya .
"Malam ni awak tidur luar !" Min terus masuk ke bilik lalu mengunci pintu . Gikwang tersentak lalu memandang Puan Kim .
"Alah, sekejap je tu Gikwang . Cuba kamu pujuk dia, elok la tu . Ibu mengandung memang emosi sikit ." Puan Kim tersengih lalu meninggalkan Gikwang keseorangan di ruang tamu .
Gikwang mengeluh ...



"Yeon sihat ? Omma dan appa macam mana ?" tanya Shin di hujung talian .
"Sihat je . Omma dan appa macam biasa lah . kali ni omma ke Paris dan appa ke Malaysia ." jawab Yeon .
"Baguslah tu . Joon ?"
"Ok kot . Entahlah~"
"Entahlah ? Kamu tak lawat dia ?"
"Tak . Dia tak kasi . Lantaklah dia tu .. Malas saya nak fikir . Shiki macam man ? Dah boleh berjalan ?" Yeon teringat akan bayi perempuan itu .
"Shiki ? Mestilah dah . Dia pandai sebut omma tau ! Shin ajar dia cakap korea je . Haha~" Yeon tersenyum mendengar suara bahagia Shin .


Sementara menunggu Hara memilih pakaian, Yeon keluar dari butik itu untuk mengambil angin .
Ramai orang melihat Yeon . Maklumlah, Yeon kini sudah jadi penulis lagu yang tidak kurang hebatnya . Hara pula sudah berhenti menyanyi dan menumpukan kerjanya pada bidang lakonan . Hara dan Junhyung masih bersama tetapi hubungan mereka kelihatan renggang semenjak Junghyung bertukar ke syarikat CUBE dan menyertai kumpulan penyanyi B2ST .
Yeon dan Joon pula ... Pertunangan mereka ditangguh hampir setahun kerana perkahwinan Shin . Beberapa bulan selepas itu, Joon terpaksa berkhidmat untuk negara dengan menjadi tentera laut selama 4 tahun .
Sepanjang Joon berada di sana, Yeon tidak dibenarkan oleh Joon untuk melawatnya . Setahun hanya beberapa kali sahaja mereka bertemu, itupun kerana Joon mendapat pelepasan untuk keluar selama beberapa jam .
Mengingatkan hal itu Yeon menjadi geram . Kalaulah Joon melamar dengan lebih cepat, tentu mereka sudah bergelar suami isteri pada waktu ini .
"Sorry, lama sangat ." kata Hara yang baru keluar dari butik itu dengan beberapa beg di tangannya .
"Banyaknya baju ?"
"Hihi .. Biasalah~"

Setelah menghantar Hara pulang, Yeon memandu ke arah rumah Joon . Dia memberhentikan kereta berhampiran dengan rumah Joon .
Yeon terus memerhatikan kawasan rumah Joon . 
"Kereta Gikwang takde .. Pergi ambil dia ke ?" Yeon mengeluh.
Dia meletakkan kepalanya pada stering kereta . Yeon melihat jam di pergelangan tangannya .
"Patutnya dah sampai ni~"
Yeon mengangkat kepalanya lalu ternampak sesusuk tubuh yng datang dari arah bertentangan . Yeon cepat-cepat keluar dari kereta . Dia melangkah perlahan-lahan .
"Omo ! Yeon ? Yeon ke ? "
Yeon menyilangkan tangannya .
"Ya~Lee Joon pabo ! Kenapa lambat sangat ?"
Yeon tersenyum lalu pergi ke Yeon .
"Rindu saya tak ?" Joon tersengih .
"Awak in......" Joon terus memeluk Yeon .
Muka Yeon menjadi merah . Mungkin kerana kekok . Dia menolak Joon .
"Tengok, muka awak merah . Saya tahu lah awak rindu, kan ?" Joon mencubit pipi Yeon .
Yeon memandang Joon . Tiba-tiba setitis air mata megalir di pipi Yeon .
"Nappeun namja ! Saya je yang rindukan awak ! Tapi awak ? Langsung tak bagi saya lawat awk ! Neppeun !" Yeon menumbuk dada Joon dengan tangisan .
Joon tersenyum lalu menarik Yeon dalam dakapannya .
"Siapa cakap saya tak rindu ? Saya rindu sangat-sangat . Saya tak bagi awak datang sebab kat kem tu semua lelaki dan saya takut kalau mereka terpikat kat awak . "
Yeon menolak Joon .
"Takut ke jealous ?" air mata Yeon sudah kering .
"Dua-dua .." Joon tersengih . Dia menarik badan Yeon lalu merenung mata Yeon .
Yeon seolah-olah mengerti lalu mendekatkan mukanya pada muka Joon .
"Oppa !"
Joon dan Yeon tersentak lalu memandang pada seorang wanita yang baru keluar dari sebuah kereta berwarna merah .
"Min ? Omo ! Min ! Perut kamu dah besar !" Joon berlari pada Min lalu memegang perut Min .
"Baru 6 bulan la .." kata Min .
"Annyeong~ Samchon here .." Joon berkata pada perut Min .
"Yeon pun ada ?" tanya Gikwang .
Yeon hanya tersenyum .
"Oppa, nappeun namja !" marah Min .
"Aish~ ni kali kedua orang panggil saya nappeun .." Joon memuncungkan mulutnya .
"Yelah, kami tunggu oppa depan kem . Kemudian mereka kata oppa dah balik . Oppa tau tak betapa geramnya say ?" Min mencekak pinggang .
"Really ? Huu~ Mian, kamu pun satu . Lain kali call lah dulu ." Joon menjelirkan lidahnya .
Yeon dan Gikwang hanya tersengih melihat gelagat dua beradik itu .

"Nah, sayur .."
"Ini isi ikan, omma dah buang tulangnya ."
Joon tersenyum riang . Tak sangka ommanya menyediakan begitu banyak makanan untuknya .

Malam itu Joon dan Yeon duduk di taman permainan berdekatan dengan rumah Joon .
"Sejuk ?" tanya Joon kerana angin pada malam itu agak kuat .
"Sikit je . "
Joon memeluk bahu Yeon .
"Bila omma dengan appa awak balik ?"
Yeon hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu .
"Kenapa ?"
Joon tersenyum .
"Saya nak tunaikan hajat saya yang tertangguh dulu ."
Yeon mengerutkan dahinya . 'Hajat ? Kahwin ke ?'
Yeon memandang Joon .
"Ye, hajat saya untuk jadi nampyeon awak ." Joon memeluk Yeon dengan lebih erat .
"Kalau nak tunggu omma dengan appa saya, rasanya lama lagi la .." kata Yeon hampa .
Joon melihat jam di tangannya .
"Saya rasa sempat lagi ni ."
"Sempat ? Nak buat apa ?" tanya Yeon .
"Kahwin !"
Joon menarik tangan Yeon .





-end-



I Hate That I Love You -episode 21


Yeon bergegas melangkah menurun anak tangga .
"Omma !" Yeon memeluk Puan Cho yang baru saja melangkah masuk ke rumah .
"Yeon, kenapa ni ?" Puan Cho pelik kerana Yeon jarang berbuat begitu kepadanya .
"Tada !" Yeon mengangkat tangan kirinya . Puan Cho tersentak . Dia memegang jari Yeon .
"Cincin ? Yeon, kenapa omma tak tahu ? Siapa yang melamar ni ? Bila masa Yeon bercinta ?" tanya Puan Cho dengan satu nafas .
Yeon tersenyum gembira .
"Erm.. nanti Yeon bawa dia jumpa omma ." Yeon memeluk lengan ommanya .
"Omma je ? Appa ?"
Mata Yeon terbeliak .
"Appa ?! Bila appa sampai ? Bukankah minggu ni appa kena pergi LA ?" tanya Yeon .
Encik Park mengusap rambut anaknya itu .
"Haritu Shin call appa . Dia cakap appa nak dapat menantu ." kata Encik Park .
"Nampyeon ah? Shin bagitahu awak ? Kenapa awak tak bagitahu saya ?"
Shin dan Yeon berpandangan sambil tersenyum .

"Yeon..."
"Yeonnnnnnnnnnnn"
"Ya ? urm, sorry . Termengelamun pulak ." Yeon tersenyum malu .
"Ish..mesti mengelamun pasal saya kan ?" Joon tersengih .
"Perasannya..." Yeon mencubit perlahan pipi Joon .
Joon hanya tersengih .
"Relaks je awak tadi kan ? hihi"
"Relaks ? huh.. gementar gila awak tahu ? Omma dan appa awak soal saya macam saya ni penjenayah bersiri je . Dah tu, awak dengan Shin boleh pulak tinggalkan saya ." ujar Joon .
"Eleh.. yelah tu . saya tengok tadi tenang je awak jawab soalan mereka ."
Joon senyum . Dia mendekatkan duduknya dengan Yeon .
"Yeon, awak yakin ke dengan saya ?"
Yeon mengerutkan dahinya .
"Yakin ? kenapa ?"
"Erm.. maksud saya . Awak yakin ke yang saya mampu jadi teman yang baik untuk awak ? Yelah, dulu kan saya pe..." Yeon meletakkan jari telunjuknya pada bibir Joon .
"Saya tak kisah pasal benda yang dah lepas . Saya tak kisah kalau dulu awak bencikan saya . Yang penting, saya sayang kat awak ." Yeon memeluk Joon erat .
Joon tersenyum lalu membalas pelukan Yeon .

"Omma tak setuju ." kata Puan Cho tenang .
"Tapi omma .. kami saling sayang menyayangi . Omma, tolonglah restu kami .."
Puan Kim mengeluh perlahan .
"Tak . Kamu berdua tak boleh bersama .. Omma takkan beri restu ." Puan Cho masih berkeras .
"Omma, kami bukan buat benda yang salah pun .. omma..."
Puan Cho mengurut dadanya .
"Macam mana dengan budak lelaki yang bersama kamu di Sokcho tu ? Kamu bukan bercinta dengan dia ?"
"Bercinta ? Tak lah omma ..kami cuma kawan . Omma, apa salahnya kalau saya nak kahwin dengan dia ? Omma restu sajalah .."
Yeon yang sedang menonton video terus mencelah .
"Omma .. kenapa omma tak restu Shin ?"
Puan Cho memandang Yeon .
"Yeon, kamu nak ke abang ipar yang lebih muda dari kamu ?"
Yeon tersedak .
"Lebih muda ? omo~ siapa ni omma ? Shin ? Yeon kenal ke ?"
"Tak" jawan Puan Cho dan Shin serentak .
"Cakaplah siapa ..." kata Yeon .
"Kimura Otoshi ." kata Shin dengan senyuman melebar .
Yeon mengerutkan dahinya .
"Dah la nama pun pelik . Lagi satu, macam dah tak ada orang korea sampai kamu nak sangat kat budak jepun tu .." ujar Puan Cho .
"Mana ada pelik la... Nama dia sangat comel .. hihi"
Puan Cho mengetuk kepala Shin .
Yeon hanya tersenyum . Entah bila masa pula Shin berkenalan dengan orang jepun itu ...


Yeon mengeluh .. "Bila nak start practice ni ?!" jerit Yeon .
"Nantilah~" jawab mereka serentak .
Mereka masih leka melihat gambar serta cincin pertunangan Shin .
Yeon terdiam . Dia melangkah keluar dari bilik latihan lalu duduk di kerusi panjang yang memang tersedia di tepi pintu .
"Err.. Yeon, kenapa ni ?" tanya  Joon yang baru keluar dari bilik latihan .
Yeon hanya mendiamkan diri .
"Awak marahkan Shin ?"
Yeon memandang Joon lalu megerdipkan matanya tanda 'ya'
Joon tertawa dan berhenti selepas menerima jelingan Yeon .
"Sebab dia, saya dengan...."
"Yeon, tak baik cakap macam tu . Bukannya kita kena berpisah pun .." Joon memeluk bahu Yeon lalu mencuit hidung Yeon . Dia tersenyum melihat Yeon masih memuncungkan bibirnya .
'Shin ni pun satu~' kata hati Joon .
Pertunangan Joon dan Yeon terpaksa dibatalkan kerana Shin akan berkahwin dengan Kimura, seorang peguam muda dari Jepun .


Monday 13 February 2012

I HATE THAT I LOVE YOU -episode 20



Hari ini MoMo sekumpulan bersama-sama pergi ke Sokcho . Mereka bercadang mahu berkhemah di tepi pantai Sokcho . Shin dan Sungmin juga menyertai mereka . Dan hari ini juga mereka baru tahu bahawa Sungmin sebenarnya salah seorang pelabur dalam Syarikat JT . Sungmin memberitahu mereka sendiri apabila Shin kerap bertanya mengapa dia menaja perjalanan mereka itu .
"Eish .. Sungmin tipu kan ?" Yeon menepuk bahu Sungmin . Sungmin mengerling pada Yeon .
"Betullah .. Joon, Omma awak tak cerita kah ? Takkan Shin pun tak tahu ? Encik Jell tak cerita ?" tanya Sungmin pada semua .
Dan serentak mereka menggeleng .
"Ah..Jinjja ? Awak tak bergurau ? Saya sebagai leader pun tak tahu .." ujar Junhyung .
Sungmin bersandar pada kerusi lalu tersenyum .
"Sekarang dah tahu kan ? Jadi lepas ni tak payah banyak tanya . Ara ?"
Mereka saling berpandangan .
"Jadi kami kena panggil awak Sungmin-nim lah kan ?" tanya Yeon .
Sungmin mengerutkan dahinya .
"Mwo ? Aish .. Tak payah la .. Panggil macam biasa je . Siapa ubah gelaran saya, siap !"
Mereka hanya tersenyum .


Selepas minum petang, mereka ke tapak perkhemahan . Mereka mendirikan 3 khemah . Khemah pertama, kesemuanya perempuan . Khemah kedua, Dongjoon dan Gongchan . Khemah ketiga, Joon, Junhyung dan Sungmin .
Waktu hampir senja ketika Yeon duduk keseorangan di tepi pantai . Pada ketika itu, hanya kelihatan beberapa orang saja yang berada di tepi pantai . Yeon duduk di atas pasir sambil menulis sesuatu pada buku notanya . Dia membiarkan saja angin meniup rambut panjangnya .
"Tulis lirik ?"
Yeon menoleh . Lalu mengangguk sambil tersenyum .
"Tak takut ?"
"Takut ? Takut apa ?" tanya Yeon .
"Tak takut kena culik ke ?"
Yeon tergelak .
"Merepeklah ..." Yeon terhenti . Dia masih keliru, nama apa yang perlu dia sebut . Yeon menggigit bibirnya .
"Boleh saya tanya sesuatu ?"
"Tanyalah .."
"Siapa yang awak lebih suka ? Joon .. Atau Lee ??"
Yeon tergamam . Dia melarikan pandangannya .
"Saya tak tahu . Awak rasa siapa yang lebih suka pada saya ?"
Keadaan sunyi sebentar .
"Dua-dua ..."
"Awak salah ! Hanya Lee yang sukakan saya . Bukan Joon ! Joon hanya suka menggunakan saya ." air mata Yeon menitis perlahan .
"Saya tak salah .  Awak yang salah . Jujur saya katakan, Joon sangat menyukai awak . Bukan setakat suka, dia sayangkan awak ! Saya sayangkan awak !" air mata Joon turut menyentuh pipinya .
Yeon tidak terkata apa-apa .
"Yeon .. Saya minta maaf kalau saya menyakitkan hati awak . Saya terlalu bodoh sebab menahan ego saya . Saya terlalu bodoh sebab menipu diri sendiri . Yeon..saya.."
"Cukup Lee ! Saya tak tahu apa yang awak cakapkan ." Yeon bangun lalu pergi dari situ .
Joon mengejarnya lalu memeluk Yeon .
Pipi mereka kini basah dengan air mata .
"Tolonglah Yeon . Tolong maafkan saya .." kata Joon dengan teresak-esak .
Yeon juga menangis dengan sayu .
"Saya takut .." kata Yeon .
Joon melepaskan pelukan lalu memegang kedua-dua tangan Yeon .
"Takut ? Kenapa Yeon ?"
"Saya takut kalau saya kehilangan awak sekali lagi ..." ujar Yeon sayu .
"Tak Yeon .. Awak takkan kehilangan saya . Kali ini saya akan tetap berada di sisi awak . Saya cintakan awak Yeon !"


"Ahh.. Kenapa kita pula yang kena beli makanan ?" Keluh Joo .
Gongchan dan Dongjoon turut mengeluh .
"Nasib kitalah . Mereka semua sedang bercinta .." keluh Gongchan .
"Siapa ?" tanya Dongjoon .
"Hara dan Junhyung ." kata Joo .
"Lee dan Yeon ." kata Dongjoon .
"Sungmin dengan Shin pun ?" tanya Gongchan .
"Itu...awak tengok sendiri .." kata Joo lalu menunjuk ke depan .
Gongchan dan Dongjoon terhenti . Mereka terlihat Shin dan Sungmin sedang berpegangan tangan .
Mereka bertiga mengeluh .
"Awak dengan saya je lah .." Dongjoon memeluk bahu Joo lalu tersenyum .
"Mwo ? Aish ..!" Joo bergerak laju ke tapak perkhemahan .
"Hyung, awak baru kena reject dengan Joo ? Hahahahaa !!" Gongchan ketawa besar sambil berjalan mengikut Joo .
Dongjoon menggaru-garu kepalanya .
"Haish .."

Selesai makan malam, mereka menukar pakaian dan duduk di tepi pantai .
"Kenyangnya .. Kenapa lah awak beli makanan banyak sangat ?" ujar Sungmin .
"Habis, siapa suruh awak bagi duit banyak sangat .. Dan siapa suruh awak makan macam orang kebuluran ?" seloroh Joo .
"Hehe .. Saya dah lama tak makan makanan laut lah .."
"Awak semua duduk lah dekat sini ya . Saya dengan Hara ada urusan penting . Pergi dulu !" Junhyung menarik tangan Hara .
"Err.. Kami pun ." Joon menarik tangan Yeon secara paksa .
Shin tersenyum sipu . Dia memandang Sungmin .
"Pergi.. Pergilah cepat .." perli Joo .
Shin dan Sungmin tersenyum lalu meminta diri .
Sekali lagi tinggal mereka bertiga .
"Haish..............."

"Tadi kan dah makan ? Kenapa makan lagi ?" tanya Yeon .
"Awak tak perasan ke ? Saya makan nasi je . Saya alah pada makanan laut ." kata Joon dengan mulut penuh dengan ramyun .
Mereka makan ramyun dalam kedai Seven Eleven . Joon yang memaksa Yeon makan sekali .
Selesai makan, mereka duduk di luar kedai dengan segelas kopi .
"Kenapa beli satu je ?" tanya Yeon setelah minum sedikit kopi itu.
"Kita kongsi lah .. Alah, macam tak biasa pulak ." Joon tersengih . Pipi Yeon sudah merah .
"Ah.. Apa .. Merepeklah Joon !" Yeon memandang ke tempat lain .
"Yeon lupa ke ? Dulu kan .. Ada seorang budak nerd ni, dia suka minum air saya senyap-senyap lepas tu mengaku yang dia dah kiss dengan saya melalui minuman tu .." Joon mengusik Yeon .
"Joon .. Stop it .. ish .." wajah Yeon semakin merah .
Joon tersengih . Lalu meminum sedikit .
"Awak tahu Yeon ?"
Yeon memandang Joon dengan tanda tanya .
"Saya baru je kiss awak melalui minuman ni .. Haha !" Joon mengusik Yeon lagi .
Yeon sudah kegeraman . Dia tidak tahan diusik Joon .
"Kenapa kiss situ ? Kalau berani kiss lah kat sini !" Yeon menunjukkan bibir munggilnya . Dia sekadar mahu mengusik Joon .
Joon memandang Yeon dengan serius . Yeon jadi gementar dan cuba menjauhkan diri dari Joon tetapi Joon menarik lengannya . Mereka semakin dekat .
"Err.. Joon . Saya usik awak je lah .." kata Yeon .
"Too late ." bisik Joon lalu mengucup lembut bibir Yeon .



Thursday 9 February 2012

I HATE THAT I LOVE YOU -episode 19


Joon terbangun dari tidurnya dengan jantung berdebar kencang . Badannya basah kerana berpeluh . Kini dia dapat mengingat segala yang pernah terjadi dalam hidupnya . Dia juga sudah ingat bagaimana dia kehilangan memorinya . Mimpinya tadi menerjah kembali dalam ruang ingatannya . Joon bergegas bangun lalu keluar dari biliknya . Jam baru menunjukkan pukul 6 pagi . Rumahnya senyap sunyi . Joon terduduk di sofa . Dia termenung seketika .
"Park Ji Yeon..." ucap bibirnya .

Petang itu Yeon ke bilik latihan seperti biasa . Sedang dia dan Hara berlatih menari, Joon masuk ke bilik itu . Yoon hanya memandangnya seketika . Dia jadi gementar apabila Joon membalas pandangannya .
"Yeon .. cepat ke sini . Tolong ajar saya step tadi ." ujar Gongchan .
"Hish .. menyibuklah Gongchan ni . Saya dah cop Yeon dulu tahu ?" kata Hara pula .
"Cop ? Awak ingat saya barang ke nak cop ? Aigoo~" Yeon menujal dahi Hara lalu pergi pada Gongchan .
"Awak pun satu .. Dah tiga hari saya ajar benda yang sama takkan tak ingat ?" tanya Yeon pada Gongchan .
"Mian Yeon . Saya memang tak boleh dapat step chorus ni .. Jongmal Mianhae .." Gongchan membuat mata Puss in Boots .
Yoon tergelak . Hara juga tertawa melihat muka Gongchan .
"Dah lah . Tak payah buat muka tu lagi . Saya ajar lah ni .."

Yeon, Hara dan Junhyung masuk ke dalam Paradise Coffee Shop . Dari satu sudut mereka dapat lihat Joon .
"Lee ?" tanya Yoon .
"Oh.. Lupa nak cakap, Lee pun join kita ." kata Junhyung .
Langkah Yeon terhenti .
"Jomlah cepat ." Hara menarik tangan Yeon .
Mereka mengambil tempat di depan Lee . Yeon pula terpaksa duduk di sebelah Lee .
"Dah beli tiket ?" tanya Junhyung .
"Dah . Movie start pukul 3 . Jadi kita masih ada 2 jam ." kata Lee .
"Movie ?" tanya Yeon .
"Yup . Lee nak belanja lah, Yeon .." ujar Hara .
"Cepatlah pesan makanan . Saya belanja ." kata Junhyung .
"Bagusnya harini semua nak belanja !" ujar Hara kegembiraan .

Selesai menonton wayang, mereka berempat bersiar-siar di sekitar kawasan Sungai Han . Junhyung dan Hara berkepit saja . Lee dan Yeon pula masing-masing berasa kekok .
"Dulu kita pernah datang sini kan ?" Tanya Lee .
Yoon mendangan Lee lalu mengangguk .
'Nampaknya dia dah pulih' bisik hati Yeon .
"Seronok bila ingat balik masa tu . Kita semua ponteng kelas petang kan ?" Lee tersenyum .
"Ya .. 'seronok' sangat jadi kuli ." kata Yeon perlahan .
Lee terdiam .
Suasana sunyi kembali .
Tiba-tiba mereka terlihat Hara dan Junhyung berkejaran .
"Sejak bila mereka couple ?" tanya Lee .
"Entah ? Rasanya dulu couple, pastu dah clash . Tak tahu bila mereka sambung balik ." Yeon menggaru kepalanya .
"Yeon pula ? Bila nak ber-couple ?" tanya Lee lagi .
Yeon menggumamkan bibirnya .
"Tak nak lah . Omma pernah cakap . Lebih elok kalau terus kahwin . Kalau couple, takkan menjamin sangat perhubungan tu ." kata Yeon sambil menunduk menghadap tanah .
"Jadi ? Yeon nak kahwin dengan lelaki macam mana ?" Lee merapat sedikit dengan Yeon .
Yeon jadi tidak keruan .
"Err .. Erm .. Macam lelaki lah !" Yeon tersengih .
Lee tertawa .
"Mestilah perempuan kahwin dengan lelaki . Lainlah kalau Yeon ni jenis 'macam tu' kan ?" Lee berseloroh .
Yeon juga tertawa .
"Yeon suka lelaki yang macam .. Erm, macam siapa ya ?" Yeon memegang dagunya .
"Macam siapa Yeon ?" Lee mendekatkan wajahnya ke wajah Yeon .
Yeon menelan air liurnya . Matanya melilau ke tempat lain . Dia tidak tahu kenapa dia tidak boleh bertentang mata dengan Lee .
"Macam .."
"Joon ?" Lee memotong sebelum Yeon menghabiskan ayatnya .
Yeon terdiam . Dia cuba bertentang mata dengan Lee .
Wajah mereka semakin dekat . 10cm ke 7cm ..Mata Yeon terkelip-kelip ...6cm...5cm..
'' Deringan telefon Yeon menyedarkan mereka . Yeon mengigit bibirnya dan menjauhi Lee lalu menjawab panggilan .
"Shin ? Nak apa ?"
"Cepatlah balik .. Saya lapar .." dari hujung talian kedengaran suara Shin yang hampir menangis kelaparan .
Yeon tergelak .
"Apalah Shin ! Baiklah . Lagi 30 minit saya sampai ." Yeon menamatkan talian .
Dia berpaling memandang Lee .
"Err, saya kena balik . Shin hampir mati kebuluran .. Saya pergi dulu . Annyeong~"
Lee tersenyum .
"Kacaulah Shin !" kata Lee hampir menjerit setelah Yeon hilang dari pandangan .
Dia melihat Junhyung dan Hara yang semakin menjauh .
"Baliklah .. Duduk sini nak buat apa . huh..." katanya pada diri sendiri .

Wednesday 4 January 2012

I HATE THAT I LOVE YOU -episode 18


"Joon .. Saya ikhlas cintakan awak ."
Choi Min Ho dan rakannya sengaja berdiri di situ . Mereka tersengih tanda mengejek Yeon .
"Saya .. Saya .." Joon serba salah . Dia juga ingin meluahkan perasaanyang sama pada Yeon . Tetapi dia malu pada rakannya yang lain .
"Awak apa ? Joon, saya dah tak ada masa ni . Kalau awak tak suka saya, tolong cakap sekarang . Saya tak mahu berterusan macam ni . Saya tak nak berharap, Joon ." Yeon memegang tangan Joon .
"Yeon, saya minta maaf ." Joon melepaskan tangan Yeon .
Air mata Yeon terus bergugugran di pipinya .
"Baiklah . Nampaknya saya dah ada jawapan untuk diri saya . Saya memang tak layak untuk mencintai ataupun dicintai awak . Saya ni hodoh . Saya hanya layak menjadi kuli awak je kan ? Saya pun nak minta maaf . Saya banyak menyusahkan awak ." perlahan-lahan Yeon menjauhkan dirinya dari Joon . Hati sedihnya sakit .
Nafas Joon seakan tersekat di dadanya . Dia makin tidak keruan . Joon menunduk ke tanah yang sudah berwarna putih ditutupi salji .
'Joon ! Kenapa dengan kau ni ? Sanggup ke kau kehilangan dia ?!' hati Joon memberontak .
"Yeon, saya .."
"Tak perlulah awak nak jelaskan . Saya dah faham . Saya sedar siapa saya pada awak . Saya pergi dulu, Joon . Selamat tinggal ." Yeon berlari melintasi jalan raya yang semakin sesak .
"Yeon ! Tunggu kejap ! " Joon menjerit .
Yeon menoleh . Dia dapat melihat Joon yang mahu melintas jalan itu .
"Yeon ! Tunggu ! Saya nak cakap sesuatu ! " Joon tergesa-gesa melintas jalan itu . Kenderaan pula semakin laju . Mungkin kerana permukaan yang licin akibat salji .
"Kalau nak sakitkan hati saya.. "
"Tak ! Saya nak cakap sesuatu ! " Joon memintas jeritan Yeon .
Dada Joon semakin kencang . Dia terus berlari.... Bum !!
Nafas Yeon terhenti sebentar . Orang ramai sudah pun berkerumun di situ . Kaki Yeon kaku . Mukanya pucat dan bibirnya menggeletar .

"Yeon ! Bangun, Yeon ! Kenapa ni ?"
Yeon membuka matanya lalu terus duduk menegakkan dirinya .
"Yeon, mimpi buruk lagi ya ?" Shin mengusap kepala Yeon .
Air mata Yeon berlinangan . Dia memeluk kembarnya itu .
Shin membalas pelukan Yeon .

Min menepuk kepala abangnya .
"Oppa ni kenapa ? Termenung macam apa je~"
"Diamlah, budak pendek !" Lee menjelirkan lidahnya .
Min dan ommanya saling berpandangan .
"Ingatan kamu dah pulih ?" tanya Puan Kim riang .
"Hampir-hampir kot .." Lee tersengih .
"Baguslah tu ." Puan Kim terus bangun dari duduknya .
"Omma nak pergi mana ?" tanya Lee .
"Omma nak call Yeon ."
"Yeon dah tau la, omma ." beritahu Lee .
Puan Kim terhenti . Dia dan Min memandang Lee dengan muka berkerut .
"Jadi kamu dah ingat Yeon ? Kamu tahu siapa dia ?" tanya Puan Kim .
"Erm, sikit-sikit je .. Tak pasti kenapa..saya macam ada salah dengan dia ." Lee merenung lantai .
"Apa yang oppa ingat ?" tanya Min pula .
"Oppa cuma ingat yang kami dulu rapat....dia selalu dengan oppa . Tu je la...kot ." Lee menggaru kepalanya .
Min mengeluh perlahan .

Petang Lee dan Junhyung keluar bersama Encik Jell . Mereka minum petang di Flower Boy Ramyun Shop .
"Maaflah . Saya sempat belanja mee murah ni je ." ujar Encik Jell .
"Tak apa . Lagipun mee kat sini sedap . Saya dengan ahli yang lain pun selalu makan kat sini . Tak pernah jemu pun ." kata Junhyung .
Sedang mereka asyik memakan mee, bahu Lee ditepuk seseorang .
"Eh, Gikwang . Buat apa kat sini ?"
"Jumpa kawan . Erm, boleh cakap sekejap ?"
Lee mengangguk lalu meminta diri . Dia mengikut Gikwang keluar dari kedai itu .
"Macam mana semalam ? Yeon cakap apa ?" tanya Gikwang . Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar kerana sejuk akibat angin musim luruh .
"Aku pun tak tau . Aku hilang kawalan, aku terus peluk dia bila dia buka pintu . Dia tolak aku, pastu terus tutup pintu . Kembar dia buka pintu tu balik then dia cakap Yeon dah masuk bilik dia . Aku confius lah .. Kenapa dia tak nak cerita perkara sebenar ?"
"Bukan kau seorang je yang confius .. Dia pun sama . Hurm, nampaknya masalah ni takkan selesai selagi kau tak ingat perkara sebenar ." ujar Gikwang .

Shin memandang Yeon .
"Oh ! Jadi Lee .. namja yang Yeon jumpa sebelum pergi Beijing tu ya ? Patutlah, masa Sungmin cakap panggilan Lee adalah Joon, Shin macam teringat sesuatu .."
"Sungmin .. Shin kenal Sungmin rupanya .. Playboy sekolah ."
"Playboy ? Haha~ Ada ke orang nak dia tu ? " Shin tertawa . Yeon memandang sekilas mata Shin . Tawa Shin terhenti .
"So .. Balik pada cerita tadi, apa yang dah jadi ? Macam mana dia boleh hilang ingatan ?" tanya Shin dengan nada yang lebih serius .
"Shin ingat tak, masa sampai Beijing omma tanya Yeon kenapa baju Yeon ada darah .. Tu darah Joon . Yeon pangku dia masa dalam ambulans ." terang Yeon .
"Hah ! Ya, Shin ingat . Tapi kenapa Yeon tipu omma ? Yeon cakap terkena dakwat .."
"Yeon takut .. Yeon yang bersalah . Kalau tak sebab Yeon, mesti Joon tak kena langgar ."
"Apa yang terjadi sebenarnya ?" tanya Shin . Yeon kemudiannya menceritakan peristiwa yang terjadi pada waktu itu pada Shin .

Tuesday 3 January 2012

I HATE THAT I LOVE YOU -episode 17



Setelah selesai membersihkan mukanya, Yeon membuka contact lens lalu memakai kaca matanya . Dia mengambil udara segar di balkoni biliknya . Suasana petang itu amat nyaman . Sesekali angin lembut menyapa pipinya . Dedauan yang berterbangan dibiarkan memasuki kawasan biliknya .
"Musim luruh~ " Yeon tersenyum .
Musim luruh adalah musim kegemarannya . Dia amat suka melihat dedaun berguguran menghiasi laman rumahnya .
"Yeon !" bahu Yeon ditepuk .
"Eh, Hara !? Bila sampai ? Kenapa tak bagitahu nak datang ? Alamak, bilik saya bersepah ni~~" Yeon kalut mngutip dedaun yang masuk ke biliknya .
"Baru je . Shin yang ajak datang . Tak apa lah .. Bilik saya lagi bersepah ." Hara tersenyum melihat gelagat Yeon .
Hara menuju ke balkoni . 
"Wah~ banyaknya daun kat laman awak ." kata Hara .
"Cantik kan ? Sebab tu saya suka musim luruh~ Hihi .." 
"Oh! Saya pula sukakan musim sejuk ! Saya suka salji~" ujar Hara pula .
Wajah Yeon serta merta berubah . 
Musim sejuk . Musim yang terpahit baginya .

Setelah meletakkan nota di dalam buku Joon, Yeon berlari keluar dari kawasan sekolah lalu menelefon Shin .
"Shin, cakap dengan Omma Yeon lambat sikit tau ."
"Yeon mesti nak jumpa namja tu kan ? Tak payah la Yeon, nanti terlepas flight pulak ."
"Sekejap je Shin... Yeon janji . Lepas jumpa dia Yeon terus pergi airport . Shin suruh Omma tunggu Yeon kat airport ye ."
"Baiklah . Sekejap je tau ! Flight ke Beijing pukul 6 petang . Ingat !"
"Ya !" Yeon memutuskan talian lalu berlari ke tempat yang dituju .
Salji mulai turun . Yeon menggigil sedikit kerana bajunya agak nipis .

"Yeon~" Hara mencuit bahu Yeon .
"Ah ? Ya ?"
"Kuat betul berangan~ Baru tengok daun, kalau tengok boyfriend mcam manalah ya ? Hihi .." seloroh Hara . Yeon turut tersenyum .
"Mana ada boyfriend lah Hara .. Lainlah awak tu kan ?" Yeon menepuk bahu Hara .
"Eh, mana awak tau saya dah baik dengan dia ?" Hara merapati Yeon .
"Alah~ tak payah tau, tengok je saya dah boleh teka .." 
"Hihi~ Alamak...malunya~" pipi Hara sudah kemerahan .
"Awak kahwin je la dengan Pikachu awak tu .. Berpisah macam mana pun tetap bersama juga~"
"Dia pun ada cakap macam tu kat saya . Nantilah, kalau jadi saya bagitahu awak ." Hara tersenyum riang .

Sehelai kertas kecil jatuh dari bukunya setelah diangkat . Joon lalu mengutip kertas yang sudah berada di lantai .
'Joon, saya tak main-main ! Saya akan ikut Omma saya ke Beijing . Saya akan menetap di sana sehingga tamat pelajaran . Saya harap dapat jumpa awak buat kali terakhir . Saya tunggu dekat pokok krismas besar di tengah pekan . Saya tunggu ! -Ji Yeon-'
Dada Joon bergetar setelah selesai membaca nota itu . Dia terus berlari meninggalkan rakan-rakannya yang lain .
'Saya tunggu !'
Joon seakan dapat mendengar suara Yeon . Dia nekad, dia akan meberitahu Yeon perkara sebenar . 
Joon berlari selaju yang mungkin . Kalau dia mempunyai kuasa, mahu saja dia terbang kepada Yeon pada saat itu . Joon sempat melihat Jam di pergelangan tangannya . 

"Hara, Yeon ... Jom turun, saya dah siapkan minuman " panggil Shin .
Hara dan Yeon bersama-sama menurun anak tangga .
"Cantik juga rumah ni .. Awak tinggal berdua je ke ?" tanya Hara .
"Boleh dikatakan macam tu la .. Omma dan Appa balik dua kali sebulan . Mereka lebih sukakan Beijing ." ujar Shin .
"Dan boleh dikatakan ini rumah saya, sebab saya yang mengemas, membasuh, memasak dan sebagainya .." Yeon berseloroh lalu menjeling pada Shin .
"Nak kata saya pemalaslah tu~~"
Mereka duduk di atas sofa empuk di ruang tamu rumah itu . Shin mencapai alat kawalan televisyen .

Yeon melihat jam di pergelangan tangannya yang menunjukkan angka 5:25 . Yeon menarik nafas dalam-dalam . Dia sangat berharap Joon akan datang . Meskipun dia tahu Joon akan menyakiti hatinya lagi, dia tidak peduli .
Cermin matanya hampir kabur akibat cuaca dingin . Jalan raya di hadapannya semakin sesak dengan kenderaan .
"Kalau dia datang apa yang dia cakap agaknya ?" Yeon bermonolog .
Yeon resah . 
"Yeon ?" Yeon perlahan-lahan menoleh .
"Joon !" Yeon berlari lalu memeluk tubuh tegap itu .
Joon juga mahu membalas pelukan itu tetapi egonya melarang .
"Wah~ pasangan bahagia lah !" tegur Choi Min Ho dan kumpulannya .
'Ah, mereka lagi ?!' kata hati Joon .
Joon menolak tubuh kecik Yeon .
"Joon .. Saya ada sesuatu nak cakap ."
Joon memandang Yeon . Dadanya bergetar . Dia tahu apa yang Yeon mahu katakan .
"Saya..cintakan awak . Joon, saya sangat cintakan awak !"
Hati Joon melonjak riang . Tetapi ekspresinya tetap sama . Dia melihat sekeliling . Choi Min Ho masih lagi berada di situ . 
Begitu besar sekali egonya .
"Teruskanlah, Joon . Kami akan beredar kalau awak nak ." Key tersengih .

Gelak tawa Hara dan Shin sekali lagi menghentikan lamunan Yeon .
"Yeon rasa tak sedap badanlah . Yeon nak naik dulu ya .." Shin dan Hara mengangguk .
Yeon hampir menaiki tangga namun langkahnya terhenti saat loceng rumahnya berbunyi .
Dia melihat Hara dan Shin tidak memperdulikan bunyi loceng itu . 
Yeon menuju ke pintu rumahnya lalu membuka perlahan-lahan .
"Lee ?" 
Lee terus memeluk Yeon . Yeon tersentak . Shin dan Hara juga terkejut tetapi mereka membiarkan saja .
"Err, Lee ? Kenapa ni ? Awak tak.."
"Kenapa tipu saya ?" pelukan Lee semakin erat . Yeon tergamam .
"Tipu ? Tipu apa ?" Yeon cuba menolak Lee tetapi tenaga lelaki itu lebih kuat .
"Park Ji Yeon ..."




Saturday 24 December 2011

I HATE THAT I LOVE YOU -episode 16


"Gikwang .. Boleh tolong tak ? " tanya Lee .
Lee mengambil tempat di sebelah Gikwang . Min dan Ommanya sibuk memasak di dapur . Yeon pula sudah lama pulang ke rumahnya .
"Tolong apa ? Kalau boleh tolong, aku tolonglah ." Gikwang mengerutkan dahinya . Dia tidak sangka Lee akan bercakap dengannya .
"Aku dah boleh ingat sikit-sikit . Aku pun ingat kau.. kau yang tolak aku masa perlawanan terakhir aku tu kan ? " Lee memandang Gikwang dengan tenang .
"Err, tapi masa tu ..."
"Ya, aku tahu kau tak sengaja . Aku dah boleh ingat keseluruhan suasana pada perlawanan tu . Aku pun ingat rupa kawan-kawan aku masa sekolah dulu . Aku pun ingat Choi Min Ho and the gang . Tapi .. kenapa ya ?" Lee mengerutkan dahinya .
"Kenapa apa ? Baguslah kalau kau dah boleh ingat semula . Apa yang kau nak aku tolong ? " Gikwang memandang Lee dengan penuh tanda tanya .
"Kenapa tak Park Ji Yeon ? Kau boleh tolong aku ingatkan dia tak ? Ingatan aku terhadap dia sangat kabur . Aku hanya tahu mukanya sebab gambar dia ada dalam album aku ."
Gikwang tersentak dengan soalan Lee . 'Nampaknya Yeon belum dedahkan identiti dia ...'
Gikwang serba salah . Dia mahu beritahu perkara sebenar tetapi takut kalau Yeon tidak membenarkannya .
"Ish.. Berat jugak kes kau ni . Tapi, buat apa kau nak ingat dia ? Kau bukannya suka dia pun . Walaupun aku junior kau masa sekolah dulu, tapi aku tahu yang kau memang tak suka dia . Boleh dikatakan yang kau membenci dia . Macam yang beritahu Choi Min Ho and the gang dulu, Park Ji Yeon tu hodoh . Dia cuma kuli kau aje . Betul tak ?"
Lee tergamam . Kepalanya berdenyut dan dia dapat mengingati kembali peristiwa itu .

"Kau tak malu ke ? Kau tu atlet kebanggaan sekolah, tapi asyik berkepit dengan budak nerd tu . " tegur Onew ketika mereka berada di bilik persalinan lelaki .
"Gila ke tak malu ? Malu sangat . Dah la hodoh, pastu asyik pegang-pegang aku ." kata Joon .
"Habis ? Asal tak cakap kat dia yang kau rimas ?" celah Taemin .
"Haah .. Kalau kau marah dia, mesti dia blah . Lagi senang kerja kau . " celah Key pula .
"Mana boleh . Nanti kerja aku siapa nak siapkan ? Aku kan atlet kebanggaan . Kerja sekolah tak siap, malulah .."
"Maksud kau, dia tu kuli kau ? " soal Gikwang dengan nada hampir menjerit . Entah sejak bila Gikwang berada di situ .
Joon mendekati Gikwang .
"Kau nak menyibuk hal aku ni kenapa ? Kau ingat, kau tu baik sangat ? Hei, walaupun aku kalah dengan kau masa perlawanan tu tapi tak bermakna kau boleh masuk campur urusan aku ." Joon sudah mencekak kolar baju Gikwang .
"Aku bukan nak menyibuk . Tapi aku kesian kat dia . Kau tak menghargai dia . Sebagai atlet kebanggaan, kau bukanlah sempurna macam yang aku fikir . Aku silap sebab berfikir begitu . Aku rasa orang lain pun akan kecewa kalau dapat tahu perangai sebenar kau ni . Huh ! Atlet kebanggaan konon ." Gikwang menepis tangan Joon lalu keluar dari situ .

"Oppa, Gikwang ? Buat apa kat sini ? Tak nak makan ?" tanya Min .
"Sekejap lagi kami masuk . Oppa ada hal sikit dengan Gikwang ."
Min tersenyum lalu mengangguk . Min masuk ke dalam rumah meninggalkan mereka berdua .
Lee memandang Gikwang .
"Aku minta maaf . Tapi... aku rasa hati aku takkan tenang selagi aku tak jumpa dia . Kau tolong bawa aku jumpa dia boleh ?"
Gikwang mengeluh .
"Kau nak ke jumpa orang yang kau benci ?"
"Gikwang, aku mungkin pernah membenci dia . Tapi dia adalah harapan aku untuk pulihkan ingatan aku . Mungkin aku mementingkan diri, tapi aku tak mahu hidup dengan penuh tanda tanya . Aku nak balik memori aku yang hilang . Dan yang penting, aku nak tahu macam mana aku boleh hilang ingatan . Tolonglah, Gikwang . Aku merayu pada kau ..." kata Lee dengan kesayuan .
"Aku bukan tak mahu tolong kau . Tapi....ada seseorang yang boleh tolong kau . Yeon ."
"Yeon ? Kenapa dia ? Kami baru saja kenal .." Lee terdiam sejenak .
Lee memandang Gikwang, lalu Gikwang mengangguk .
"Park Ji Yeon dan Yeon ...?" Lee bangun sebelum menghabiskan ayatnya . Dia berlari keluar dari kawasan rumahnya .