nuffnang

Saturday 24 December 2011

I HATE THAT I LOVE YOU -episode 16


"Gikwang .. Boleh tolong tak ? " tanya Lee .
Lee mengambil tempat di sebelah Gikwang . Min dan Ommanya sibuk memasak di dapur . Yeon pula sudah lama pulang ke rumahnya .
"Tolong apa ? Kalau boleh tolong, aku tolonglah ." Gikwang mengerutkan dahinya . Dia tidak sangka Lee akan bercakap dengannya .
"Aku dah boleh ingat sikit-sikit . Aku pun ingat kau.. kau yang tolak aku masa perlawanan terakhir aku tu kan ? " Lee memandang Gikwang dengan tenang .
"Err, tapi masa tu ..."
"Ya, aku tahu kau tak sengaja . Aku dah boleh ingat keseluruhan suasana pada perlawanan tu . Aku pun ingat rupa kawan-kawan aku masa sekolah dulu . Aku pun ingat Choi Min Ho and the gang . Tapi .. kenapa ya ?" Lee mengerutkan dahinya .
"Kenapa apa ? Baguslah kalau kau dah boleh ingat semula . Apa yang kau nak aku tolong ? " Gikwang memandang Lee dengan penuh tanda tanya .
"Kenapa tak Park Ji Yeon ? Kau boleh tolong aku ingatkan dia tak ? Ingatan aku terhadap dia sangat kabur . Aku hanya tahu mukanya sebab gambar dia ada dalam album aku ."
Gikwang tersentak dengan soalan Lee . 'Nampaknya Yeon belum dedahkan identiti dia ...'
Gikwang serba salah . Dia mahu beritahu perkara sebenar tetapi takut kalau Yeon tidak membenarkannya .
"Ish.. Berat jugak kes kau ni . Tapi, buat apa kau nak ingat dia ? Kau bukannya suka dia pun . Walaupun aku junior kau masa sekolah dulu, tapi aku tahu yang kau memang tak suka dia . Boleh dikatakan yang kau membenci dia . Macam yang beritahu Choi Min Ho and the gang dulu, Park Ji Yeon tu hodoh . Dia cuma kuli kau aje . Betul tak ?"
Lee tergamam . Kepalanya berdenyut dan dia dapat mengingati kembali peristiwa itu .

"Kau tak malu ke ? Kau tu atlet kebanggaan sekolah, tapi asyik berkepit dengan budak nerd tu . " tegur Onew ketika mereka berada di bilik persalinan lelaki .
"Gila ke tak malu ? Malu sangat . Dah la hodoh, pastu asyik pegang-pegang aku ." kata Joon .
"Habis ? Asal tak cakap kat dia yang kau rimas ?" celah Taemin .
"Haah .. Kalau kau marah dia, mesti dia blah . Lagi senang kerja kau . " celah Key pula .
"Mana boleh . Nanti kerja aku siapa nak siapkan ? Aku kan atlet kebanggaan . Kerja sekolah tak siap, malulah .."
"Maksud kau, dia tu kuli kau ? " soal Gikwang dengan nada hampir menjerit . Entah sejak bila Gikwang berada di situ .
Joon mendekati Gikwang .
"Kau nak menyibuk hal aku ni kenapa ? Kau ingat, kau tu baik sangat ? Hei, walaupun aku kalah dengan kau masa perlawanan tu tapi tak bermakna kau boleh masuk campur urusan aku ." Joon sudah mencekak kolar baju Gikwang .
"Aku bukan nak menyibuk . Tapi aku kesian kat dia . Kau tak menghargai dia . Sebagai atlet kebanggaan, kau bukanlah sempurna macam yang aku fikir . Aku silap sebab berfikir begitu . Aku rasa orang lain pun akan kecewa kalau dapat tahu perangai sebenar kau ni . Huh ! Atlet kebanggaan konon ." Gikwang menepis tangan Joon lalu keluar dari situ .

"Oppa, Gikwang ? Buat apa kat sini ? Tak nak makan ?" tanya Min .
"Sekejap lagi kami masuk . Oppa ada hal sikit dengan Gikwang ."
Min tersenyum lalu mengangguk . Min masuk ke dalam rumah meninggalkan mereka berdua .
Lee memandang Gikwang .
"Aku minta maaf . Tapi... aku rasa hati aku takkan tenang selagi aku tak jumpa dia . Kau tolong bawa aku jumpa dia boleh ?"
Gikwang mengeluh .
"Kau nak ke jumpa orang yang kau benci ?"
"Gikwang, aku mungkin pernah membenci dia . Tapi dia adalah harapan aku untuk pulihkan ingatan aku . Mungkin aku mementingkan diri, tapi aku tak mahu hidup dengan penuh tanda tanya . Aku nak balik memori aku yang hilang . Dan yang penting, aku nak tahu macam mana aku boleh hilang ingatan . Tolonglah, Gikwang . Aku merayu pada kau ..." kata Lee dengan kesayuan .
"Aku bukan tak mahu tolong kau . Tapi....ada seseorang yang boleh tolong kau . Yeon ."
"Yeon ? Kenapa dia ? Kami baru saja kenal .." Lee terdiam sejenak .
Lee memandang Gikwang, lalu Gikwang mengangguk .
"Park Ji Yeon dan Yeon ...?" Lee bangun sebelum menghabiskan ayatnya . Dia berlari keluar dari kawasan rumahnya .

Sunday 4 December 2011

I HATE THAT I LOVE YOU -episode 15


Min dan Gikwang menghantar Yeon dan Lee ke lapangan terbang tanpa Puan Kim . Hati wanita itu sangat berat untuk melepaskan Lee .
"Oppa, nanti kat sana jaga diri elok-elok ya ? Jangan lupa makan ubat ." Pesan Min .
"Baiklah .. Tahulah oppa jaga diri nanti ya ." Lee mengusap kepala adik kesayangannya itu .
"Min jangan risau, unnie akan jaga oppa Min ni nanti ." ujar Yeon lalu memegang tangan Min lalu membisik pada Min .
"Gunakan peluang ni untuk pikat Gikwang~ "
Min tertawa selepas mendengarnya lalu mengangguk faham .
"Baiklah Min, Gikwang . Kani pergi dulu ya.. " Yeon senyum pada mereka lalu pergi dari situ bersama Lee .
Setelah Yeon dan Lee hilang dari pandangan, Gikwang meletakkan tangannya di atas bahu Min .
"Apa yang Yeon bisik tadi ? " tanya Gikwang .
Hati Min sudah tidak keruan mendengar suara perlahan Gikwang . Ditambah lagi dengan wajah Gikwang yang berada dekat dengan wajahnya.
"Err..Ad.. Adalah . Hal.. pp..perempuan ."
Gikwang tersenyum sebaik mendengan suara gagap Min . Tahulah dia akan perasaan Min pada ketika itu .
"Min~ jom ! " Gikwang menarik tangan Min .
"Pergi mana ? " Min menyambut genggaman tangan Gikwang .
"Dating ! "


"Lee, ni Encik Jell . Awak ingat tak ?" tanya Yeon . Encik Jell di hadapan mereka hanya tersenyum .
Lee memegang dagunya . Lama selepas itu dia menggeleng .
Encik Jell dan Yeon mengeluh perlahan .
"Yeon, macam mana ni ? Saya pun dia tak ingat . Macam mana dia nak ingat lirik ?" kata Encik Jell perlahan .
"Encik  jangan risau . Dia cuma tak ingat masa lampaunya . Tapi daya ingatannya masih kuat . " ujar Yeon .
"Baiklah .. Saya percayakan awak, Yeon . Malam ni awak berdua kena pergi ke studio untuk rakaman . Kita dah tak ada banyak masa . Petang ni saya ada mesyuarat dengan wakil dari Busan . Saya minta bantuan awak untuk berurusan dengan pihak studio . Boleh Yeon ? " tanya Encik Jell .
"Baik, Encik Jell ."

Semasa di dalam bilik rakaman, Yeon dan Lee menyanyi dengan baik sekali . Adakalanya mereka bergelak ketawa bersama kru-kru di dalam studio . Lee langsung terlupa akan penyakitnya . Yeon juga lupa bahawa Lee adalah orang yang pernah menyakiti hatinya .
"Okay, Lee..Yeon . Mula balik bahagian chorus tu ." arah salah seorang kru studio .
Lee dan Yeon menarik nafas panjang .
"Saranghae ije haji mothal mal
Saranghae ije hal su eopneun mal
Saranghae ije neoreul bomyeohal su eopneun mal
Saranghae saranghae saranghae saranghae"


Pagi itu Yeon bangun awal sekali . Lee masih tidur di atas sofa di ruang tamu apartment yang disewa oleh Encik Jell untuk mereka .
Yeon kedapur lalu menyiapkan sarapan . Ubat-ubat milik Lee juga di susun agar mudah untuk Lee mengambilnya .
"Lee .. Lee .. Bangun . Dah pagi ni ." kejut Yeon . Lee membuka sedikit matanya lalu mengeliat puas .
"Ermm .. Bau apa ni ? Sedapnya~ ."
"Saya dah siapkan sarapan . Pergi mandi cepat . Nanti sejuk pula makanan tu ."
"Tapi bukankah masih awal untuk bersarapan ?" Lee memandang pada jam di dinding .
"Semalam Min call . Dia cakap omma awak suruh balik awal . Dah, cepat mandi . Lepas makan kita terus ke lapangan terbang ." ujar Yeon .
"Yes madam !" Lee senyum  lalu mereka berdua tertawa .

"Saya termimpi sesuatu malam tadi ." kata Lee setelah mereka berdua duduk di dalam perut kapal terbang .
"Apa ?"
"Saya mimpi awak datang dan menangis pada saya . Kemudian wajah awak bertukar menjadi seperti gadis yang di dalam album gambar saya ." Lee menerangkan satu persatu .
"Park Ji Yeon ?" Yeon menduga . Jantungnya berdegup laju .
"Haah . Dia lah yang saya nampak . Erm, mungkinkah awak dengan dia ada kena mengena ? Adik beradik ?" tanya Lee .
"Kenapa awak tanya ?"
"Sebab wajah awak dengan dia hampir serupa ." Lee mengerutkan dahinya . Dia memandang tepat ke mata Yeon bagi meminta penjelasan .
"Awak pasti ke ?"
"Ya ! "
"Saya hanya akan beritahu kalau ingatan awak dah pulih ." Yeon menundukkan wajahnya . Dia gementar untuk menatap mata Lee .
"Tapi kenapa ? Macam mana saya nak ingat kalau awak tak beritahu ?"
"Saya nak awak sendiri ingat . Saya nak awak sendiri merasainya . Saya tak berhak menentukan rasa hati awak ."
"Tapi ..."

Saturday 3 December 2011

I HATE THAT I LOVE YOU -episode 14



Oleh kerana Puan Kim kurang sihat, Yeon mengambil alih tempat Puan Kim untuk menjaga Lee .
Sudah hampir lima belas minit Yeon memerhatikan Lee yang sedang asyik membelek album gambarnya . Pada saat itu Yeon tidak pasti apa yang ada di dalam fikirannya .
"Noona, ni siapa ? Kenapa dia ada dalam gambar ni ?" tanya Lee pada Yeon  .
"Mana ?" Yeon mendekati Lee yang berada di sofa . Sejak Lee sedar, dia memanggil Yeon dengan panggilan noona .
"Ni .. perempuan berkacamata bulat ni . Kenapa banyak gambar saya dengan dia ? Dia kekasih saya ke ?" Yeon mengambil gambar yang terdapat di tangan Lee .
"Perempuan ni, namanya Park Ji Yeon . Dia sekelas dengan awak . Dia antara pelajar pandai di kelas awak . Awak selalu suruh dia siapkan kerja untuk awak sebab awak selalu sibuk dengan pasukan bola keranjang sekolah awak . Dia bukan kekasih awak tapi dia sangat menyayangi awak dan dia harap suatu hari nanti awak juga akan menyayanginya ." kata Yeon perlahan . Dadanya sebak tetapi dia mampu menahannya .
"Park Ji Yeon . Sedap nama tu . Cantik macam rambutnya yang bertocang ni . kan?" Lee tersenyum lebar .
"Cantik ? Tapi awak cakap rambut tu buruk . Awak lupa ? Awak kata awak paling benci perempuan bertocang macam dia ni ."
"Saya cakap macam tu ke ? Mesti dia terluka kan ? Teruknya saya.. Noona, saya ni teruk ke ?" Lee memandang tepat ke mata Yeon .
"Seteruk mana pun awak .. dia tetap sayang pada awak . Dia terlalu mencintai awak .." Yeon membalas renungan Lee dengan satu perasaan yang sukar diungkapkan .
Tiba-tiba jantung Lee berdegup kencang . Dia terus memandang ketempat lain .
"Lee, kenapa ni ?" tanya Yeon kerana Lee seperti keresahan .
"Tak ada apa lah noona . Err, saya nak tidur lah . Selamat malam . " Lee berlari ke katilnya lalu menutup seluruh badannya dengan selimut .
"Tidur ? Tapi awal lagi ni . Awak tak nak makan dulu ke ?" tanya Yeon . Tetapi pertanyaannya dibiarkan sepi . Yeon hanya tersenyum .
Walaupun Lee suadah melelapkan mata tetapi dia masih belum tidur . Dia sendrir tidak pasti kenapa renungan Yeon membuatkan jantungnya berdebar .

Lee berjalan di sekeliling rumahnya . Kata doktor dia boleh pulang dan berehat di rumah . Rawatan susulan masih akan dibuat kerana Lee masih belum dapat mengingati apa-apa .
"Lee, awak buat apa sorang-sorang kat sini ?" tanya Yeon lalu duduk di buaian di taman buatan Puan Kim itu .
"Er, noona . Bila sampai ?"
"Baru je . Saya ada bawa makanan kegemaran awak . Nanti kita makan sama-sama ye ." Yeon tersenyum
'Dup...Dap!' jantung Lee seakan-akan berhenti sedetik akibat senyuman manis Yeon itu .
"Lee ?" tegur Yeon .
"Err.. Noona, jomlah masuk . Saya..saya dah lapar ." Lee cepat-cepat masuk ke dalam rumah .
"Kenapa dia gagap semacam ?" kata Yeon pada dirinya .
"Eh, Yeon cakap dengan pokok ke ?" sapa Gikwang yang baru tiba .
"Ehehe.. tak ada lah . Min mana ? Bukan tadi dia dengan awak ?"
"Dia teman Suzy pergi beli barang . Boleh saya duduk sini ?"
"Duduklah . " Gikwang mengambil tempat disebelah Yeon .
"So .. dengar cerita minggu depan awak nak pergi ke Jeju lagi ." Gikwang memulakan perbualan .
"Yup . Saya nak bawa Lee sekali . Kami nak siapkan rakaman yang tergendala ."
"Ouh .. Erm, Yeon .. Awak masih macam dulu ke ?"
"Macam dulu ? Maksud awak ?" tanya Yeon kembali .
"Perasaan awak ... pada dia, masih sama ke ?"
"Mestilah sama .. kadang-kadang saya rasa ianya makin bertambah . " Yeon tersenyum .
"Awak tak takut terluka lagi ?" tanya Gikwang dengan ragu-ragu .
"Terluka .. Saya tak takut . Sebab perasaan saya pada dia menaikkan lagi semangat saya untuk memiliki dia ." kata Yeon dengan semangat .
Dari jendela rumah itu Lee memerhati mereka dengan satu perasaan yang dinamakan cemburu . Dia cemburu kerana Yeon kelihatan begitu mesra dengan Gikwang .
'Tak boleh jadi ni ..'

Yeon menghulurkan skor lirik nyanyian kepada Lee . Lee memandang kertas itu dengan rasa hairan . Yeon melihat sekililing bilik yang tersusun rapi itu . Sekarang mereka hanya tinggal berdua saja di dalam bilik Lee itu .
"Apa ni, noona ? Sajak ke ?" tanya Lee sambil membelek-belek kertas itu .
"Sajak ? Taklah . Lagu.. lagu yang awak kena nyanyi dengan saya ."
"Lagu ? Nyanyi ? Saya ni pandai nyanyi ke ?" soal Lee bertubi-tubi .
"Mestilah .. Awak kan penyanyi .. Dah . Cepat hafalkan . Nanti saya ajar mcam mana nada dia ."
"Penyanyi ? Wah ! Popular ke saya ?" Lee masih tidak berhenti bertanya . Yeon mencebik .
"Stop asking please .. Cepat, baca dan fahamkan lirik tu ." arah Yeon .
"Arasso, noona ." Lee tersenyum lalu menyebut satu persatu senikata yang terdapat dalam lirik tersebut . Yeon hanya mendengar dan melihat .
"Wah~ lagu cinta .." kata Lee setelah menghabiskan lirik terakhir .
"Awak suka lagu tu ? Saya yang gubah lirknya ." kata Yeon dengan gembira .
"Wah ! Noona sangat hebat ! " Lee menepuk kedua-dua tangannya .
Yeon tersenyum manis apabila dipuji begitu .
Sekali lagi, kejadian yang sama berulang . Jantung Lee berdegup laju . Lee sudah tidak keruan . Matanya dilarikan pada skor lirik ditangannya .
"Lee ? Kenapa ni ? Muka awak merah semacam .." Kerisauan jelas terpancar di wajah Yeon .
"Eh, yeke ? Haha~ Takde apa apa lah .. Saya .. Erm .. "
"Ya ? Kenapa Lee ? " Tanya Yeon .
"Erm.. Noona, boleh saya tanya satu soalan ?" Lee mengangkat wajahnya setelah menarik satu nafas yang agak panjang .
"Tanya apa ? Banyak pun saya tak kisah ." Yeon merapatkan lagi dirinya pada Lee .
"Erm .. kenapa saya panggil noona, noona ? " Yeon mengangkat keningnya setelah mendengar soalan Lee .
"Entah ? Saya pun tak tahu . Lepas awak sedar je, terus awak panggil saya noona ." Yeon tersenyum .
"Oh .. Jadi saya yang memandai ? "
"Haha .. Soalan apa lah yang awak tanya ni .. Tapi kan, memang patut pun awak panggil saya noona . Sebab saya lahir 4 bulan awal dari awak ." Yeon tergelak sendiri .
Lee di depannya masih terkaku kerana terpesona akan kecomelan Yeon .

I HATE THAT I LOVE YOU -episode 13



Malam itu Yeon tinggal sendirian bersama Lee yang masih terlantar di katil . Yeon mengambil kerusi lalu duduk bersebelahan katil Lee . Sedang Yeon asyik merenung Lee, telefon bimbitnya berbunyi .
"Yoboseo~" Yeon menjawab panggilan itu .
"Yoboseo, Yeon . Sungmin ni .." ujar suara di hujung talian itu .
"Oh . Sungmin . Nak apa ?"
"Erm, saja je nak dengar suara awak . Awak tengah buat apa tu ?"
"Awak lupa ke, saya kat hospital .." Yeon jawab seperti acuh tak acuh .
"Mianhae .. saya lupa pulak . Yelah, dapat bercakap dengan orang cantik ..semua lupa .Hehe~" Yeon menjelirkan lidah setelah mendengar kata-kata Sungmin .
"Er..Sungmin ah~ Kalau dah tak ada apa-apa .. saya nak letak ye, saya busy ni . " Yeon memberi alasan .
"Busy ? Apa yang busy sangat tu ?"
"Adalah .. Nanti kita sembang lagi ye . Ok, bye .." Yeon mematikan talian .
Yeon menarik nafas lega . Yeon bangun dari kerusi lalu dengan perlahan dia ke tepi tingkap bilik itu .
Hujan renyai-renyai di luar masih belum berhenti sejak beberapa jam yang lalu . Keadaan pada waktu itu mengingatkan Yeon kepada peristiwa 9 tahun yang lalu .

Yeon berlari-lari anak mengejar Joon . Dia tidak tahu sejak bila Joon meninggalkannya dibelakang .
"Hah ! Dapat pun ." Yeon memegang tangan Joon setelah puas mengejarnya .
Joon hanya mengeluh perlahan .
"Joon, apa kata lepas ni kita pergi makan mee nak ? Saya belanja ." Yeon tersenyum .
"Saya tak lapar ." pendek saja jawapan Joon .
"Joon .. kenapa muka awak masam je ? Ni mesti sebab game bola keranjang minggu lepas kan ?"
"Tolong jangan sebut pasal tu lagi .. Yeon, awak balik je la .. Saya nak bersendirian malam ni ."
"Bersendirian ? Pada hari kekasih ni ? Tak .. saya tak mahu balik . Saya nak teman awak ." Yeon memeluk lengan Joon .
"Yeon ..."
"Hei, Lee Chang Sun ..." tiba-tiba sekumpulan lelaki menegur Joon .
"Choi Min Ho and the gang rupanya . Nak apa ?"
"Tak ada apa, saja nak kacau kau dengan awek nerd kau ni ." celah Onew .
"Dia bukan awek aku lah ." Joon menjeling pada Yeon .
"Bukan awek ? Berkepit je, takkan bukan awek kot ." sindir Taemin .
"Kau macam tak tahu je perangai si Yeon ni .." Joon mengeluh .
"Yeon, sini jap ." panggil Key .
"Apa ?" tanya Yeon tetapi masih memeluk Joon .
"Kau ni tak malu ke ? Dah terang lagi bersuluh yang Joon tak suka kat kau . Kau syok sangat ni kenapa eh ?" ejek Key . Joon hanya mendiamkan diri .
"Hati aku, perasaan aku, apa kau tahu ? Ish ! " Yeon mencubit lengan Key .
"Aduh, sakitlah gila ! "
"Omma.. omma .." suara Lee mematikan lamunan Yeon .
"Lee .. Awak ok ke ? Lee ?" Yeon memegang lembut tangan Lee .
"Omma .. omma mana ?" Lee membuka sedikit matanya . Mukanya pucat sekali .
"Nanti saya panggilkan doktor . Awak tunggu ye .." Yeon berlari keluar dari bilik itu . Tanpa dia sedari air matanya berlinang .

Encik Jell merenung Yeon tejam .
"Saya minta maaf . Saya tetap nak tunggu Lee ."
"Tapi macam mana dengan kontrak yang awak berdua dah tanda tangan tu ?"
"Saya yakin, minggu depan Lee akan pulih dan saya sendiri yang akan bawa dia ke Jeju . Saya janji Encik Jell ."
 Encik Jell mengerutkan dahinya .
"Macam mana kalau Pengarah Han tanya saya ? Apa saya nak jawab ?"
"Biar saya yang jawab !" kata Yeon tegas lalu melangakah keluar dari bilik pegurusan itu .
Yeon mengeluh sebaik sahaja pintu ditutup .
"Yeon . Kenapa ni ?" tanya Hara .
"Saya .. err . tak ada apalah . Jom makan . "

"Mworago ?? Abang awak hilang ingatan lagi ?" Gikwang mengerutkan dahinya .
Min mengeluh perlahan lalu menganggukkan kepalanya .
"Perkara yang sama berulang .. Dia tak ingat apa-apa kecuali omma dan appa . Saya hampir menangis bila dia tanya pasal appa . Dia ingat apa masih hidup ." kata Min perlahan .
Gikwang memeluk bahu Min bagi meredakan perasaannya .
"Err.. Sorry ganggu, boleh tak saya nak pinjam Min sekejap ? Ada hal sikit ." kata Yeon yang baru saja tiba .
"Kenapa unnie ?" tanya Min sebaik sahaja Gikwang berlalu dari situ .
"Unnie dah jumpa pengurus kami ..dia cakap tak boleh batalkan . Rakaman tu mesti siap dalam bulan ni . " Yeon berkata sambil memegang tangan Min .
"Unnie tak cakap ke oppa sakit ?"
"Sudah.. semua unnie dah cakap . Tapi tetap tak boleh sebab Lee dah tanda tangan kontrak tu . Kalau nak batalkan memang susah ." Yeon menggigit hujung bibirnya .
"Hurm .. nanti Min cuba cakap dekat omma . Unnie tak yah risau sangat eh . Sebab oppa hanya perlu menyanyi kan ? "
"Takkan nak suruh Lee menyanyi dalam keadaan ni ?" tiba-tiba perbualan mereka dicelah Puan Kim .
"Omma .. oppa tu hilang ingatan je, bukan bisu . Lagipun untuk jangka masa pendek je . Lepas oppa nyanyi, selesailah masalah dia ." terang Min satu persatu .
"Tak .. Omma tak benarkan ! Macam mana kalau apa-apa terjadi nanti ? Min, cukuplah omma dah kehilangan appa Min .. Omma tak mahu kehilangan anak omma pula ." mata Puan Kim sudah bergenang dengan air mata yang akan melimpah pada bila-bila masa sahaja ..
"Omma .." belum sempat Min menghabiskan ayatnya Puan Kim terus pergi dari situ .
Min dan Yeon terkedu . Suasana hospital itu bertambah sunyi pada ketika itu .

I HATE THAT I LOVE YOU -episode 12



Pertandingan Bola Keranjang pada petang itu berjalan dengan teratur . Yeon dan kawan-kawannya melangkah masuk ke dewan sekolah bagi menyaksikan perlawanan antara pasukan senior dan junior sekolah mereka . Pelajar-pelajar lain sudah mula riuh dengan sorakan mereka .Yeon sudah semestinya akan menyorak untuk pasukan senior kerana buah hatinya bermain untuk pasukan itu .
"Semangat betul Yeon sorak untuk Joon ." tegur Youngmin .
"Eh, Young-young.. tak main ke ?"
"Malaslah .. Kwangmin hyung kan ada .. Dia lagi bagus dari saya ." seloroh Youngmin .
"Alah~ nak merendah diri pula .." Yeon mencuit bahu Youngmin .
Tiba-tiba sorakan pelajar dalam dewan itu terhenti . Masing-masing menunjukkan ekspresi terkejut .
"Kenapa ?" tanya Yeon pada Boram .
"Tu .." Boram hanya menunjukkan dengan jari telunjuknya . Yeon melihat arah yang ditunjuk Boram .
"Omo~" Yeon tergamam . Kepala Joon penuh dengan darah .
"Gikwang tertolak Joon .. Kepala Joon terkena besi tiang tepi tu .." terang Boram kerana dia tahu Yeon tidak nampak apa yang berlaku .
"Ah~ mereka nak bawa dia masuk ke bilik rawatan . Yeon, awak tunggu sini .. Biar saya tengok keadaan dia . Awak tunggu tau.. nanti saya datang." Youngmin berlari keluar dari dewan .
"Yeon ?" lamunan Yeon terhenti kerana sapaan Puan Kim .
"Err~ Ommoni .. bila sampai ?" Yeon berdiri lalu menundukkan kepala tanda salam .
"Baru je . Malam ni biar saya jaga Lee ya ." ujar Puan Kim .
"Tak apalah .. saya boleh jaga dia . Lagipun semalaman ommoni dah tunggu sini . Pergilah rehat ." Yeon senyum bagi menenangkan Puan Kim .
"Kami sekeluarga selalu menyusahkan kamu .."kata Puan Kim dengan sayu .
"Mana ada menyusahkan . Saya ikhlas . Lagipun, sayalah punca kepada apa yang berlaku ." Yeon memandang Puan kim dengan tenang .
Puan Kim mengusap kepala Yeon .
"Bukankah saya pernah cakap dulu .. Apa yang terjadi bukan salah Yeon . Mungkin dah takdir yang kami akan diuji sebegini . "
Yeon memegang tangan Puan Kim dengan erat .
"Ommoni jangan sedih . Saya sedia berkongsi ujian tuhan ini ." satu senyuman terbit di bibir Yeon .

Sudah hampir tiga minggu Lee terlantar di hospital . Keadaannya stabil tetapi masih belum sedar sepenuhnya . Yeon, Min dan Puan Kim bergilir-gilir menunggu Lee di hospital .
"Awal bangun ?" tanya Yeon .
"Ada shooting dekat Busan harini . Wahh~ bau apa ni ?" Shin berlari mendapatkan Yeon .
"Saya buat kari ..sebab Min pernah cakap yang dia suka kari .. Jadi semalam saya minta resepi dekat kawan ." ujar Yeon .
"Ambil hati adik ipar ke ?" Shin tersengih .
"Adik ipar ? Macam-macamlah Shin ni ." Yeon menutup api lalu mencari bekas makanan untuk membungkus masakannya .
"Hehe~ Yeon, malam ni awak tidur di hospital lagi ?" tanya Shin .
"Erm .. Mungkin .. Tengoklah dulu . Kalau esok Min ada kelas saya yang akan tunggu . Kenapa ?"
"Saya takutlah tinggal rumah seorang diri .. Omma dengan appa dan ke Jeju ."
"Kenapa tak stay je kat Busan ? Takkan awak nak ulang-alik ?"
"Saya kat Busan sampai tengahari je . Petang nanti nak kena balik syarikat kat sini pula .."
"Alah, awak tu dah besar~ berani lah sikit ."
Shin memuncungkan mulutnya setelah Yeon meninggalkannya seorang diri di situ .

Sungmin muncul bersama Min sebaik sahaja Yeon tiba di depan bilik ward 45 .
"Sungmin ?" Yeon mengerutkan dahinya .
"Excuse me, you are ..?"
"Sungmin oppa, ni la Yeon unnie yang Min ceritakan tu .." celah Min .
"Yeon ..?? Park Ji Yeon ?! " Sungmin tersentak .
"Yup .. takkan dah lupa kot ?"
"Ehem .. macam tak percaya je ni Yeon .. dah lain ." Sungmin merenung mata Yeon .
"Eloklah awak berdua dah kenal .. Sembanglah dulu kat sini ye, saya nak masuk jumpa omma ." Min meminta diri sambil tersenyum .
"Apa yang lain ?" tanya Yeon .
"Hah ? ouh .. haha~ ye lah, dah lain .. Dulu awak kan nerd ..rambut tocang dua, berkaca mata bulat . Memang lain sangat dengan sekarang . Rambut lurus je, siap pakai contact lens .. hehe~" Sungmin mengenyitkan matanya . Yeon tersenyum saja .
'Nak ayat aku lah tu, macam aku tak kenal perangai  kau ..'

"Apa dia buat kat sini ?" tanya Suzy .
"Apa maksud kau ? Dia kan sepupu aku ..mestilah dia ada kat sini ."
"Mesra semacam je aku tengok dia dengan Yeon unnie tadi ?" Suzy masih tidak mahu berhenti bercakap mengenai Sungmin .
"Dulu mereka satu sekolah . Sebab tu lah mesra . Takkan nak sombong pulak ." ujar Min sambil membelek majalah di tangannya .
"Ouh~ tapi .. aku tengok cara Sungmin lihat dia macam suka je ? Bukan dia suka kat kau ke ?"
"Huh .. kenapalah aku dapat kawan yang banyak tanya macam kau ni ? " Suzy memuncungkan mulutnya setelah mendengar kata Min .
"Min .." tiba-tiba Min ditegur Puan Kim .
"Omma dah nak balik ke ? Min boleh hantarkan .." Min meletakkan majalah ditangannya ke atas kerusi disebelahnya .
"Kalau kamu ikut omma, siapa nak tunggu Sunnie ? Omma takut oppa kamu tu sunyi .." ujar Puan Kim dengan nada kerisauan .
"Sungmin oppa dengan Yeon unnie kan ada . Yeon unnie dah cakap kat Min yang malam ni dia nak stay sini ." kata Min dengan senyuman .
"Hurmm.. baguslah . Kamu boleh tolong omma masak ."
"Tak payahlah masak, sebab Yeon unnie ada bagi bekal untuk kita ." Min berdiri lalu megangkat bekas makanan di atas meja di depannya .
"Yeon bagi ? " Min menganggukkan kepalanya .
"Jom, omma . Harini Suzy bawak kereta dia . Kita tumpang Suzy ye ." Min dan Suzy mengiringi Puan Kim keluar dari bilik itu .
"Ommoni nak balik dah ?" sapa Yeon .
"Er.. iya .. terima kasih sebab bagi bekal ye .." ucap Puan Kim .
"Ouh .. ok ." Yeon tersenyum manis .
"Nak Sungmin hantarkan ?" tanya Sungmin .
"Tak apa . Saya yang hantarkan ." celah Suzy .
Yeon dan Sungmin tunduk hormat kepada Puan Kim sebelum mereka pergi .

Sunday 28 August 2011

I HATE THAT I LOVE YOU -episode 11



Lee merenung wajah Yeon . Yeon yang menyedari hanya mendiamkan diri . Yeon terus memandang laut yang terbentang di depan matanya .
"Siapa lelaki tu ?" tanya Lee setelah suasana sunyi menyelubungi mereka berdua .
Pertanyaan Lee dijawab dengan keluhan . Lee mengerutkan dahinya .
"Yeon ?" Lee mencuit bahu Yeon . Yeon tersentak .
"Err ? Ye ? Awak cakap apa ?" Yeon terkesima .
"Tak ada apa lah ." Lee bangun dari kerusi baring itu lalu berjalan ke tepi gigi air .
Yeon terdiam . Dia marah ke ? Atau merajuk ? Haishhh ..
"Lee .. " Panggil Yeon . Lee terus memandang ke laut .
"Lee . " kali ini panggilan Yeon makin kuat . Lee masih lagi mendiamkan diri .
"Joon !" Lee terus menoleh .
"Awak panggil apa ?" Yeon menarik nafas perlahan .
"Joon .. Ya, saya panggil awak Joon ." Lee memandang Yeon . Tajam .
Tiba-tiba kepala Lee seperti terkena renjatan elektrik . Lee terduduk di atas pasir .
Yeon berlari mendapat Lee .
"Joon .. Awak ok ke ? " Yeon mengusap kepala Lee .
Pandangan Lee tiba-tiba kabur lalu dia rebah di situ .
"Joon !"

Gikwang dan Min serentak bangun dari bangku setelah Yeon keluar dari bilik sakit .
"Macam mana dengan oppa ?" tanya Min .
"Min .. Unnie minta maaf . Unnie ta.."
"Tak pe .. Bukan salah unnie . Min faham ."
"Yeon .. Sebenarnya apa yang berlaku ?" tanya Gikwang .
"Saya .. Saya panggil dia Joon ." air mata Min mengalir .
"Joon .. Dah lama saya tak dengar nama tu . Apa reaksi oppa sebelum dia pengsan ?"
"Dia tak cakap apa-apa .. Tapi muka dia macam terkejut . Lepas tu dia terduduk dan pengsan . Saya sendiri tak tahu apa perasaan dia ."
"Maaf mengganggu .. Awak semua ni keluarga Encik Lee ke ? tiba-tiba mereka di sapa seorang doktor lelaki .
"Saya donsaeng dia . Oppa saya ok ke,doktor ?"
"Dia stabil . Tapi masih belum sedarkan diri . Saya dapati ada sedikit gegaran pada otaknya . Dia pernah kemalangan ke ? "
"Ya .. Dia pernah kemalangan dan hilang ingatan selepas itu ." celah Gikwang .
"Kemalangan .. Hilang ingatan .. Hurm .. Baiklah . " doktor itu menganggukkan kepalanya .
"Boleh saya berjumpa dengan omma atau appanya ?" tanya doktor itu .
"Omma ada dekat Seoul . Appa saya pula dah tak ada .." Min menundukkan wajahnya .
"Kalau macam tu saya akan minta Encik Lee di pindahkan ke hospital di Seoul ."
"Doktor .. Serius sangat ke keadaan Lee ?" tanya Yeon .
"Mungkin akan bertambah serius kalau pembedahan tidak dilakukan . Sebab tu saya kena dapatkan kebenaran keluarganya di Seoul ."
"Pembedahan ?"


Wednesday 27 July 2011

I HATE THAT I LOVE YOU -episode 10



Pada malam yang sunyi itu Min duduk berseorangan ditemani angin pantai yang mendamaikan hatinya . Rakan-rakannya yang lain masih belum selesai menjamah makan malam mereka . Mungkin seronok kerana sudah lama tidak berjumpa .
"Min ?" Min menoleh .
"Eh, Gikwang ..." Min tersenyum .
"Kenapa duduk sorang-sorang ?" Gikwang mengambil tempat di sebelah Min .
"Malaslah .. Lagipun saya bukan kenal pun yang lain tu ."
"Ermm .. Tadi saya ternampak oppa awak . Apa dia buat kat sini ?" tanya Gikwang .
"Entah ? Dia cakap ada meeting ."
"Meeting ? Dia dah nak debut ke ?"
"Ye kot . Hurm . Masa awak nampak dia, dia ada nampak awak tak ?" Min memandang Gikwang dengan dahi berkerut .
"Tak kot . Kenapa ? Awak takut dia pukul saya lagi ?"
"Err .. Awak masih ingat hal tu ?" Min menundukkan kepalanya .
"Yup . Macam mana saya tak lupa . Saya dah buat silap besar . Saya hampir bunuh oppa awak ." suara Gikwang bergetar .
"Gikwang~ Jangan cakap camtu . Awak tak sengaja kan ?" Min memegang erat tangan Gikwang .
"Huh .. Entahlah, saya tetap rasa bersalah .."
"Tapi saya rasa dia takkan ingat pasal tu lagi ."
"Memang dia takkan ingat . Saya tahu, peluang untuk dia kembalikan ingatan dia mungkin tipis . Tapi saya tetap tak boleh lupa ." Min mengeluh perlahan .
"It's okay Gikwang . Saya tahu, kalau oppa masih ingat kejadian tu pun, mesti dia akan maafkan awak . Lepas dia pukul awak, dia ada cakap yang dia pun tak sengaja nak pukul sebab masa tu dia marah sangat ."

Lee mengeluh kuat . Dia bosan ! Bosan kerana dikurung bak anak kecil .
"Yeon, jomla keluar . Bosanlah . Kita datang sini bukan untuk 'menyorok' dalam bilik ni kan ?" ujar Lee dengan nada selamba .
"Nak ke mana ? Nak kacau Min ? Tak payah ! " jeling Yeon .
Lee tersengih .
"Yeon~ Jom lah .. Saya janji saya tak kacau Min . Tapi bagi lah saya keluar dari sini . Apa gunanya kita ke sini kalau tak jalan-jalan ?" pujuk Lee .
"Tak boleh la, Lee . Kita kena tunggu Encik Jell . Nanti marah pulak dia kalau dia tahu kita tak tunggu dia ."
"Alah .. Orang tua tu mesti tengah mengorat seseorang kat pantai tu . Jom lah Yeon . Takkan dia seorang je yang boleh cuci mata ? Saya pun nak juga ." Lee tersenyum lebar .
"Orang lelaki semuanya sama ! Awak pun sama je !" marah Yeon lalu masuk ke sebuah bilik kecil kemudian dia menghempas pintu bilik itu dengan kuat .
"Eh ? Saya salah cakap ke ?"

Pagi itu muka Yeon agak masam . Langsung tiada senyuman terbit di bibirnya .
"Yeon ? Kenapa masam je ni ?" tanya Encik Jell .
Yeon menggeleng lalu tersenyum hambar . Lee hanya memandang dari hujung mata . 'Marah kat aku lah tu..'
"Yeon .. Awak kenalah happy . Petang nanti awak berdua akan jumpa wartawan . Takkan lah nak pergi dengan muka masam ni ?"
"Saya tahu kenapa Encik Jell .. Dia cemburu sebab semalam Encik pergi cuci mata tak ajak dia ." gurau Lee . Encik Jell menyambut dengan ketawa yang kuat .
"Macam-macamlah awak ni Lee . Ok lah . Saya nak pergi ambil dokumen dekat Seoul . Petang nanti saya datang sini balik . "
"Habis ? Kami ?" tanya Yeon .
"Awak berdua tinggal sini lah . Ada orang nak jumpa awak . Lee, jaga Yeon ya ." Encik Jell menyarungkan kotnya dan bersedia untuk membuka pintu .
"Sementara tu, boleh tak kami nak jalan-jalan ?" Lee sempat bertanya .
"Suka hati~" kata Encik Jell lalu melangkah keluar dari bilik itu .
"Huaarrgghh~ Awak pergilah jalan sorang-sorang . Saya nak tidur ."
"Dah nak waktu tengahari, takkan nak tidur ?" Lee memandang dengan Yeon .
"Saya mengantuklah . Tak kuasa nak layan awak ."
Lee mengangkat keningnya .
"Ok .. Awak tak mau ikut ya . Kalau macam tu senanglah saya nak cari Min ." Lee tersenyum sinis . Yeon terkedu .
"Yelah~ Saya ikut .."

Yeon hanya melihat Lee yang bermain di gigi air . Dia terpana seketika dengan senyuman Lee .
"Hai .." tegur satu suara . Yeon menoleh kebelakangnya .
"Eh, Jo... Kwangmin ? or Youngmin ?" Yeon megerutkan dahinya .
"Takkan dah lupa ? Kwangmin lah .." Kwangmin tersenyum .
"Ouh .. Hai ." Yeon tersenyum .
"Buat apa kat sini ?"
"Nak debut lah ! hehe~ " Yeon tersenyum gembira .
"Wah ..! Patutlah berseri je muka ? Seorang je ke ?"
"Ermm .. Dengan dia .." Yeon menuding jari kepada Lee .
"Joon ? Bila dia balik ?" dengan pantas Yeon menarik Kwangmin agar mereka lebih jauh dari Lee .
"Shhh... jangan cakap kuat-kuat . Awak lupa ke apa yang jadi ?" bisik Yeon .
"Err .. Dia masih tak ingat ?" Yeon menggelengkan kepalanya sambil mengetap bibir .
"Ouhh .." lidah Kwangmin terkelu .
"Eh, mana Young-young ?" tanya Yeon menukar topik .
"Young-young ? Huh ? Err.. Youngmin ke ?"
"Iyalah .. Mana kembar kesayangan awak tu ? And .. lupa nak tanya, awak buat apa kat sini ?"
"Youngmin ada kat hotel . Saja je nak bercuti . Lagipun dah lama tak makan angin macam ni ."
"Nanti cakap hai dekat Young-young eh ." Yeon tersengih .
Dari jauh Lee hanya memandang wajah gembira Yeon .
'Siapa pulak tu ?'


Monday 25 July 2011

I HATE THAT I LOVE YOU -episode 9



Lee melangkah menaiki tangga . Dalam fikirannya terbayang wajah Min semalam .
"Haish .. Tak patut betul ."
Lee sebenarnya tidak puas hati kepada ommanya . Dia risau jika Min keluar tanpanya . Dia juga pelik kerana selalu ommanya akan menyuruhnya ikut kemana Min pergi .
Setelah tiba di tingkat 6 dia menuju ke bilik latihannya . Wajah Yeon bersama Hara muncul apabila dia membuka pintu .
"Hei ." Sapa Lee . Hara dan Yeon membalas kembali .
Lee duduk di atas sofa yang terdapat di penjuru bilik itu .
"Awal sampai ? Selalu awak lah yang paling lambat sampai ?" tanya Hara pada Lee .
"Perli ke ? Hurm .." Lee menunduk .
"Lee ? Kenapa muka masam je ? " Yeon mendekati Lee .
Lee mengangkat mukanya .
"Saya risau lah . Omma bagi Min pergi Jeju dengan kawan-kawannya tanpa saya ." Yeon mengerutkan dahinya .
"Habis tu, kenapa ? Awak risau ?" tanya Hara pula .
"Mestilah ! Dah 20 tahun saya tak pernah berenggang dengan dia ." Yeon memandang Hara .
"Saya rasa lepas ni awak tak perlu risau lagi ." kata Yeon .
"Kenapa ?" tanya Lee .
"Sebab awak berdua akan ke Jeju petang ni ." jawab Hara . Mata Lee terbeliak .
"Betul ke ?" Yeon mengangguk . Lee tersenyum lebar . Kerisauannya tadi hilang sekelip mata .

Min memandang Gikwang dari jauh . Di sudut hatinya timbul satu perasaan yang dinamakan cemburu .
"Hey, Min ! Kenapa tak join mereka ? "tanya Suzy .
"Tak mahulah . Bukan aku kenal pun . Boringlah~ " Min melemparkan pandangannya ke laut yang luas terbentang di depan matanya .
"Huh ? Cemburu ? " Suzy menduga . Min mengetap bibirnya .
"Tak lah ! Mana ada cemburu . Kalau cemburu pun, cemburu dengan Dongho ."
"Dongho ? Why ? "
"Yelah, dia dah curi bff aku ..." Min memuncungkan mulutnya .
"Alah~ Ni kes merajuklah ni . Min, mana ada dia curi aku . Aku pun kawan je dengan dia ."
"Kawan .. Dulu pun cakap kawan jugak . Last-last ..."
"Min .. Mana ada . Aku pun tak nak perkara yang sama berulang . Aku tak sanggup nak hadapinya lagi ." Suzy menunduk . Matanya hampir bertakung .
"Suzy .. Sorry, aku tak bermaksud nak ungkit masa lepas .. Sorry~" Min rasa bersalah .
"Tak apa . Aku je yang terlebih emosi ." Suzy cuba untuk senyum .
Tiba-tiba ada sepasang tangan menutup kedua-dua mata Min .
"Guess who ?" tanya satu suara  .
"Siapa ni ? Suzy ?! "
"Aku kat sini~ kau teka je la sape yang tutup mata kau tu ." Suzy mengenyitkan mata kepada lelaki itu .
"Huh~ Janganlah main-main .." rayu Min . Sungguh, dia tidak mampu meneka siapakah orang yang menutup matanya .
'Gikwang ke ? Tapi tangan dia besar sikit ..' hati Min berbisik curiga .
"Apalah Min .. Oppa sendiri pun tak kenal " kata Lee selepas membuka mata Min . Min tersentak .
"Oppa !! Buat apa kat sini ? Bila oppa sampai ?" Min cemas .
"Rileks la Min . Oppa datang sini sebab ada meeting . Oppa baru je sampai . Tengok, tak sempat tukar baju pun ." Lee tersengih .
Min memandang Suzy . Suzy hanya mampu mengangkat bahu .

Yeon menarik tangan Lee . Lee cuba melepaskan diri, namun Yeon lebih cekap .
"Yeon~ nak pergi mana ni ? Saya tengah cakap dengan Min lah . Min ! Tunggu oppa tahu ! " Lee menjerit . Min lega kerana Yeon datang menyelamatkannya .
"Omo~ macam budak kecil .." perli Yeon .
"Wait ! Berhenti ! Stop ! " Lee menarik Yeon sekuat-kuat hatinya . Impak yang diberi sangat kuat, Yeon akhirnya terjatuh bersama Lee hingga menyebabkan matanya dimasuki pasir pantai .
"Lee ! ouch ! pedihnya mata saya .." Yeon menggosok matanya .
"Eh, jangan gosok mata tu . Nanti luka ." Lee menarik tangan Yeon . Lee mendekatkan wajahnya ke mata Yeon . Dia mahu meniup pasir yang terdapat pada mata Yeon .
Dari jauh, Suzy mencuit bahu Min .
"Tengok oppa awak .. Romantiknya~"
"Huh ? Apa mereka buat tu ?" Min curiga .
"Ah, biarlah . Sekurang-kurangnya awak takkan 'digari' lagi ."
Min tersenyum .
'Wah .. Oppa dengan Yeon unnie ? Sweet jugak ni !'

Wednesday 6 July 2011

I HATE THAT I LOVE YOU -episode 8


Sudah hampir dua jam Lee termenung di tepi tingkap biliknya . Walaupun malam hampir menutup tirainya, namun mata Lee masih segar . Dia memikirkan kata-kata Yeon semalam . Benarkah apa yang berlaku 9 tahun yang lepas ? Kenapa dia tidak dapat mengingatinya ?
Tiba-tiba Lee terdengar bunyi tapak kaki seseorang di luar biliknya . Lee melihat jam yang tergantung di dinding . Pukul 5.45 pagi . Siapa yang berada di luar biliknya ? Lee melangkah perlahan ke arah pintu . Dia terdengar seseorang berbisik .
"Sabarlah~ Kau tunggu je kat luar . Aku nak ambil barang jap ." Lee memasang telinga . Dengan perasaan curiga, dia membuka pintu biliknya .
"Min ?" rupa-rupanya bisikan itu milik donsaengnya .
"Eh, oppa .. Oppa terjaga ke ?" mulut Min hampir terkedu .
"Min nak pergi mana ni ? Besarnya beg ?" Lee menunjuk kepada beg yang berada di tangan Min .
"Oppa~ oppa tolong Min eh ? Omma tak kasi Min ikut Suzy, sebab tu Min nak keluar senyap-senyap ." bisik Min . Kali ini bisikannya lebih perlahan . Lee memandang tajam .
"Nak pergi mana ? Biar oppa ikut !" kata Lee . Min menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu .
"Tapi ... Suzy cakap lelaki tak boleh ikut ." elak Min .
"Kenapa ?" Lee mendekatkan diri dengan donsaengnya .
"Sebab .. errmmm, Suzy cakap ..."
"Min, Lee ? Kenapa ni ? " tiba-tiba Puan Kim muncul .
"Eh .. morning omma . " Min tersengih lalu mencuit oppanya .
"Kamu berdua bergaduh ke ? Kenapa bangun awal sangat ? Min nak pergi mana bawa beg besar tu ?" soal Puan Kim bertubi-tubi .
Lee dan Min berpandangan .
"Min nak pergi, omma .. Semalam kan Min dah cakap kat omma, omma tak bagi . Tapi Min nak pergi juga . Suzy dah tunggu Min kat luar tu ." Min menunduk ke lantai .
"Sebenarnya Min nak ke mana ? Kenapa omma tak bagi ?" tanya Lee .
"Jeju .." kata Min perlahan .

Min berlari di tepi pantai meninggalkan rakan-rakannya . Dia tidak sangka ommanya akan membenarkan dia ke sini . Lebih menggembirakan, oppanya tidak ikut sama !
"Min ! Tunggu lah .." jerit Nicole . Min berhenti betul-betul di gigi air . Dia langsung tidak risau jika kasutnya basah .
"Min~ Aku tahulah kau happy . Tapi janganlah tinggalkan aku seorang diri .." kata Nicole dengan nafas tercungap-cungap .
"Eh ? Mana yang lain ?" tanya Min sambil matanya melilau ke kiri dan ke kanan .
"Gikwang and the gang pergi check in kan kita semua . Suzy .. aku rasa tadi D tarik dia . "
"D ? Omo~ kau tetap panggil dia D ? weh .. kita kat Korea lah . Panggil je la nama dia . Sini bukan Beijing tahu ! " Min masuk ke dalam air diikuti Nicole .
"Yelah~ Aku tak panggil D lagi . Tapi pelik lah  .. Dah lama tak panggil nama dia ."
"Pelik apanya ? Bukan susah pun nak sebut . Dongho ! Kan lagi elok dari panggil D . Poyo semacam je ." Min memuncungkan mulutnya .
"Haha~ bgi aku tetap pelik . Rasa janggal . " Nicole tersengih .
"Huh . Macam-macam lah kau ni .." Min berlari semulake tepi pantai .
"Min .. nak pergi mana ?" tanya Nicole sambil berlari kepada Min .
"Cari Gikwang ! "

Tuesday 5 July 2011

I HATE THAT I LOVE YOU -episode 7


"Hara dengan Junhyung still ada apa-apa ke ?" tanya Shin pada Yeon .
"Rasanya dah lama tak ada apa-apa . Tapi tengok macam ada apa-apa .. hunrm ? Pelik ." Yeon mengerutkan dahinya .
"Mereka dah break ke ?" tanya Shin lagi .
"Rasanya macam tu lah ..."
"Kenapa ?" Shin masih lagi tak jemu bertanya .
"Hara cakap sebab Encik Jell tak mahu ada sebarang gosip dalam syarikat ni ."
"Eleh, Encik Jell tu cemburu sebab dia masih single . Tak ada siapa nak .." Shin memuncungkan mulutnya .
"Eh ? Kenapa Shin pulak yang emosi ni ? " Yeon mengangkat keningnya .
"Mestilah emosi . Mereka comel kalau couple ." Shin tersenyum .
"Siapa yang comel ?" tiba-tiba ada suara mencelah .
"Eh, Hara ! Hee~ Sayalah yang comel tu ." Yeon menukar topik .
"Iyalah .. Awak comel kalau couple dengan dia ." Hara duduk di antara Shin dan Yeon .
"Couple ?" tanya Yeon pelik .
"Saya dengar awak berdua cakap comel kalau couple .. Erm, saya rasa awak comel kalau couple dengan Lee ." Yeon tergamam . Shin di tepi Hara sudah tersengih .
"Hara ..!! Mana ada lah ! Omo~ Lee ? No way ! "
"Yes way !" Hara tergelak .
"Goo Hara !!"

Yeon masuk ke bilik mesyuarat itu ditemani oleh Encik Jell . Dia tersentak melihat Lee juga berada di situ .
"Yeon~ Sini ." panggil Encik Jell .
Yeon duduk di sebelah Encik Jell, iaitu di sebelah Lee . Mahu tak mahu, Yeon terpaksa duduk di situ .
"Hai, Yeon ." Lee menyapa .
"Hai ." balas Yeon .
Sebenarnya hati Yeon tidak keruan saat itu . Dia sangat berdebar melihat orang di sekelilingnya . Mereka ialah krew-krew serta pelakon- pelakon yang akan terlibat dalam pembikinan drama yang lagu temanya bakal dinyanyikan oleh Lee dan Yeon .
"Yeon, are you ok ?" tanya Lee perlahan . Yeon memandang Lee dengan muka yang kaku .Yeon mengangguk perlahan .
"Yeon, Lee . Saya tahu awak berdua mesti gementar kan ? Chill lah~ " Encik Jell senyum lebar .
"Err .. umm .. ok ." jawab Yeon .

Yeon masih diam di tempat duduk bersebelahan Lee . Sudah hampir 15 minit mereka menunggu Encik Jell di bawah bangunan HotStar Entertainment itu .
"Kenapa ?" tanya Lee setelah terdengar keluhan Yeon .
"Nothing ... Mana Encik Jell ni ? Bosanlah~ " Yeon menghentak-hentakkan kakinya .
"Biasalah~ jumpa kawan lama . Mestilah nak berbual sikit ." jawab Lee tenang . Matanya masih tidak lepas memandang Yeon dari tepi . Yeon mengeluh lagi . Mulutnya dimuncungkan bagi menghilangkan sedikit rasa bosan .
"Comel !" Yeon terus menolah kepada Lee .
"Apa ?" tanya Yeon .
"Nothing la .." Lee memandang tempat lain pula . Kali ini Yeon pula yang merenung wajah Lee .
'Lee .. kau ingat lagi tak ?' tanya Yeon dalam hati .
Tiba-tiba Lee menoleh kembali kepada Yeon . Kali ini mata mereka bertaut . Lee merenung tepat ke mata Yeon . Mata Yeon seakan mahu memberi tahu sesuatu .
"Lee ..?" Yeon bersuara .

Monday 4 July 2011

I HATE THAT I LOVE YOU -episode 6


Min berlari masuk ke kawasan kampus . Ini kali pertama dia terlewat . Setelah melepasi koridor utama, Min memperlahankan langkahnya . Perlahan-lahan dia menintai ke dalam kelas . Min mgerutkan dahinya. 'Mana Cik Choi ?' tanya hati Min . Min masuk ke dalam kelas yang huru-hara itu .
"Cik Choi tak masuk ke ?" tanya Min setelah duduk di sebelah Suzy .
"Dia ke pejabat sebentar . Aku dengar ada student baru ." Nicole menjawab bagi pihak Suzy .
"Oh~ eh ? Suzy, kenapa masam je ?" tanya Min lagi . Suzy memandang Min .
"Mana ada .." Suzy terus bangun dari tempat duduknya .
"Suzy, nak pergi mana ?" tanya Nicole pula .
"Tandas ."
Min dan Nicole hanya memandang Suzy keluar dari kelas .
"Kenapa dengan Suzy ?" tanya Nicole kepada Min .
"Manalah aku tahu .. Hurmm .."

Mata Min dan Nicole terbeliak sebaik sahaja Cik Choi memperkenalkan pelajar baru itu .
"Patutlah Suzy bad mood .. " bisik Nicole .
Min mencebik .
"Apa mamat ni buat kat sini ?" tanya Min dengan perlahan .
"Macam aku tahu jea .." Nicole terus memandang pelajar baru itu .
"Bukan dia dah duduk Beijing ke ?" tanya Min lagi .
Pelajar itu duduk betul-betul di hadapan Nicole dan Min . Mereka saling berpandangan .
"Min, Nicole ! Mana Suzy ?" tiba-tiba Cik Choi bersuara . Pelajar di hadapan mereka terus menoleh ke belakang .
"Min ? Nicole ?"
"Hai, D !" sapa Min dan Nicole serentak .

Yeon melangkah dengan hati yang senang . Dia telah mendapat tawaran untuk menyanyikan lagu tema untuk sebuah filem . Akhirnya impiannya untuk menjadi penghibur bakal tercapai . Semasa mahu naik ke tangga dia terserempak dengan Lee . Serta merta senyumannya hilang .
"Hai, Yeon . Happy je ? " sapa Lee .
"Hurm .. Hai ." balas Yeon dengan hambar .
"Junhyung hyung dah bagi tahu awak ?" Lee menghulurkan sekeping kertas kepada Yeon . Yeon menyambut dengan selamba .
"Eh ?? Awak pun .."
"Yup ! Bagus kan ? Kita dapat kerja sama-sama ." Lee tersenyum lebar . Yeon tergamam .
"Tapi .. Junhyung sunbae kata Gongchan yang .."
"Gongchan tarik diri ." sekali lagi Lee memotong kata Yeon .
Yeon mengeluh . 'Gongchan !!' jerit hati Yeon .
"Kenapa Yeon ? Muka awak masam je ." ujar Lee .
"Eh .. Mana ada masam .. Masin je ." kata Yeon endah tak endah .
"Hai Yeon . Hai Lee . " sapa Hara yang kebetulan berada di situ .
"Hai Hara ." balas Yeon dan Lee .
"Tahniah ye . Junhyung oppa dah cerita kat saya . " Hara menepuk bahu Yeon .
"Baru saya perasan .. Kenapa awak seorang je yang panggil Junhyung hyung, oppa ?" tanya Lee tiba-tiba .
Hara memandang Yeon sambil tersengih .
"Suka hati saya lah ..! Hehe~ "

Friday 1 July 2011

I HATE THAT I LOVE YOU -episode 5

"Awak apa khabar ? Lama kan kita tak jumpa ?" suara Sungmin memecah kesunyian pada malam itu .
"Gwenchana ... Lama jugak . Dah 3 tahun kan ?"
"So .. ok tak duduk sini ? Dah 9 tahun awak tinggalkan Korea . Tak kekok ke ?"
"Tak lah . Masa kat Boston dulu pun selalu pindah randah . Dah macam orang nomad~" Lee tersengih .
"Heh~ Nak buat lawak pulak .. " Sungmin menampar bahu Lee .
Seminit kemudian suasana kembali sunyi . Kesunyian itu tidak begitu lama sehingga Min datang mencelah .
"Diam je .. kenapa ? "
"Sibuk lah Min ! " Lee menjelirkan lidah kepada Min . Lalu Min membalasnya dengan cubitan berbisa di perut Lee . Kelakuan mereka akhirnya ditertawa Sungmin .
"Awak berdua masih tak berubah kan ? Pantang dekat mesti nak bergaduh ."
"Mana ada bergaduh bergurau je~ " serentak Min dan Lee berkata . Sungmin tersenyum .
"Min~ cepatlah bagitahu oppa . Kat mana Min belajar ?" Sungmin mendekati Min .
"Adalah~ Buat apa oppa nak tahu ?"
"Buat apa nak tahu ? Mestilah nak tahu ... oppa nak stalker Min ! "

Min melangkah dengan perasaan berdebar-debar . Dari jauh dia lihat lelaki itu sungguh tenang . Dengan earphone di telinga sambil mata ditutup .
Min mahu terus kearah lelaki itu tetapi jantungnya semakin kencang berlari . Lalu Min mengambil keputusan untuk menhantar pesanan melalui telefon bimbitnya .
'"hey~ kat mana tu ? busy ?'" Min menunggu disebalik pohon besar itu dengan sabar . Seminit kemudian satu pesanan diterima .
'"hey~ kat sinilah . cepat ! meh sini ..'" Min terkejut dengan ayat itu . Lalu min menoleh . Rupa-rupanya lelaki itu telah lama perasan kehadiran Min di situ .
Min tersengih .
"Sorry~" kata Min .
"It's ok ."
"So, Gikwang .. kenapa nak jumpa saya ?" tanya Min .
"Rahsia~ haha .. Ah, awak ikut je la . Jom !" Gikwang menarik tangan Min .
Tanpa mereka sedar dari jauh ada sepasang mata yang memandang .

Di tepi Sungai Hangang atau lebih dikenali sebagai Sungai Han, terlihat sepasang kekasih sedang bermadah cinta . Min memerhati dari jauh sahaja . Agak cemburu dengan adegan mereka . Dalam fikirannya dia berangan andai suatu hari dia juga dapat merasa suasana seperti itu bersama Gikwang . Tapi itu hanyalah angan-angan semata-mata . Tidak mungkin lelaki kacak itu mahukannya . Min lantas menoleh kepada Gikwang yang berada di sebelahnya . Gikwang masih dengan kelakuan biasanya, mendengar lagu sambil mentup mata . Tanpa Gikwang sedar, Min menatap mukanya dengan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan . Tiba-tiba Gikwang membuka matanya . Min cepat-cepat memandang ke arah lain .
"Anyway, sorry .." Gikwang bersuara . Min kembali memandang Gikwang .
"Sorry for what ?" tanya Min .
"Pulau Nami haritu .. last minute ada game ." kata Gikwang perlahan . Mungkin rasa bersalah .
"Oh, it's ok . Yelah~ pemain kebangsaan kan ?" sindir Min .
"Heh~ nampaknya masih tak ok ni .." Gikwang bergurau .
"Haha~ ok lah ! Lagipun bagus juga awak tak datang . Oppa saya ada sekali masa tu . Sibuk nak ikut .." Min menundukkan wajahnya . Gikwang terdiam sejenak .
"Oppa awak .."
"Eh, ada ais krim lah . Jom !" Min menarik tangan Gikwang . Mereka mengejar van ais krim yang berwarna pink dan berbunyi binatang di bawah sebuah bangunan .
Min sedikit lega kerana Gikwang berhenti menyebut nama oppanya .

Thursday 30 June 2011

I HATE THAT I LOVE YOU -episode 4


Telefon berwarna biru itu sudah banyak kali berdering . Namun, tiada siapa yang menyambutnya .
Min yang baru keluar dari bilik mandi pantas berlari mendapatkan telefon .
"Yoboseo ?"
"Hei, Min ke ?" tanya pemanggil itu .
"Ne~ Siapa ni ?"
"Yah~ Kamu dah lupa kah suara saya ?" Min mengurut-urut dagunya .
"Mianhae .. Saya tak ingat."
"Haish .. Min ! It's me, your beloved oppa !"
"Wait~ Don't tell me ... Omo ! Sungmin oppa ?" Min jadi teruja .
"Yah~ Teruk betul awak ni ."
"Mian oppa .. Hehe .. Eh ? Macam mana oppa tahu nombor telefon ni ?"
"Omma awak telefon omma oppa semalam . "
"Ouhhh~ " Min menganggukkan kepalanya seakan Sungmin dapat melihatnya .
"Min ah~ Mana oppa awak ? "
"Oppa ? Oppa pergi training . Apa kata Sungmin oppa pergi tempat dia . " cadang Min .
"JT Entertainment kan ?"
"Yup .. ok lah oppa . Min nak bersiap . Hari ni ada kelas pagi ."
"Min belajar kat mana ?"
"Rahsia !"

Sungmin melangkah ke dalam bangunan JT Entertainment dengan rasa kagum.
'Besar juga bangunan ni . '
"Can I help you, sir ?" tanya seorang penyambut tetamu .
"Saya nak berjumpa dengan Encik Lee Chang Sun." Sungmin sempat menghadiahkan senyuman manisnya kepada gadis itu .
"Mari ikut saya ."kata gadis yang sudah kemerahan pipi itu .
Sungmin mengikut gadis itu ke dalam lif . Sungmin sengaja merenung gadis itu .
'Hot gila ! Adoii .. Kenapa dia pandang I macam tu?' tanya gadis itu dalam hati . Sungmin tahu gadis itu sedang dalam kegelisahan .
Tiba-tiba pintu lif terbuka .
"Eh ? Sungmin ! "
"Shin ! Kau buat apa kat sini ?"
Shin melangkah masuk dalam lif . Gadis tadi menarik nafas lega .
"Aku trainer kat sini la . Kau pulak buat apa ?"
"Aku cari sepupu aku . Lee Chang Sun . Kau kenal ?"
"Lee ? Budak Boston tu ? Siapa tak kenal . "
"Lee ?? Haha~ Dah lama aku tak dengar orang panggil dia macam tu ."
"Huh ??" Shin mengerutkan dahinya .
"Yalah~ Dulu kat Boston je orang paggil Lee . Aku pun pernah duduk dengan dia kat Boston . Kau nak tahu ? Sebelum dia duduk kat Boston, orang panggil dia Joon je ."
"Joon ? Kenapa pulak ?  ."
"Hurmm .. Arwah bapa dia yang suka panggil Joon . Aku pun tak tahu kenapa ?"
"Arwah ? Dia dah tak ada bapa ke ?"

"Hyung .. Awak buat apa kat sini ?"
"Dia cari awaklah ."Shin menjawab bagi pihak Sungmin .
"Apa khabar ?" tanya Sungmin .
"Baik saja . Ada hal ke nak jumpa saya ? "
"Ada hal baru boleh jumpa awak ke ?" sindir Sungmin .
"Hee~ mian .."
"Lee .. Yeon mana ?"Shin bersuara .
"Tak tahu ..? Satu hari tak nampak dia . "
"Ok. Hyungie~ ada nampak Yeon ? "tanya Shin pada Junhyung pula .
"Tak~ Hara pun dah hilang .."
"Awak ni, kalau saya tanya pasal Yeon mesti nak selitkan jugak nama Hara . Kenapa eh ?" tanya Shin lagi .
Junhyung hanya tersenyum .

Wednesday 29 June 2011

I HATE THAT I LOVE YOU -episode 3

Min sakit hati . Cadangnya mahu ke Pulau Nami hanya bersama Suzy dan Nicole saja . Kini terpaksa membawa Lee pula .
'Oppa ni memang mengada !' jerit hati Min . Patutlah senang saja ommanya membenarkan dia ke Pulau Nami, rupa-rupanya oppanya juga ikut sama .
"Hei, kenapa kau masam je ni ?"tanya Suzy .
"Tak payah tanyalah . Aku tahu, kau happy sebab ada oppa aku kan ?" Suzy tersenyum .
"Alah .. Oppa sendiri ikut, apa salahnya . "
"Mahu tak salah~ Kau lupa ke, kita datang sini sebab apa ?"
"Iya .. Aku ingat .. Kau nak jumpa Gikwang kan ? Kau jangan risaulah . Aku sure oppa kau mesti ok punya .." Suzy menoleh ke belakang . Nicole dan Lee rancak berbual tanpa mendengar perbualannya dengan Min .

"Eh, hai Yeon ! Awak buat apa kat sini ?" Yeon mencebik .
"Haish .. Punyalah besar korea ni .. Macam manalah saya boleh jumpa awak kat sini ?" sindir Yeon .
"Mungkin ada jodoh ?" Lee bergurau . Yeon mencebik lagi .
"Tolonglah~ Huh ! " dengus Yeon kasar . Lee hairan . Kenapa setiap kali dengannya gadis itu sering marah-marah ?
"Hurm .. By the way, ni donsaeng saya . Min ." Lee menarik donsaengnya yang sedang rancak berbual di belakangnya .
"Eh ? Lee Min Young kah ?" tanya Yeon . Lee hairan . Yeon kenal Min ?
"Eh ? Park Ji Yeon unnie ! Apa unnie buat kat sini ? Unnie kenal oppa kah ? Sejak bila kamu berdua berkenalan ?" soal Min bertubi-tubi . Yeon tergamam .
"Kamu berdua adik beradik ?" tanya Yeon pula .
"Yup . Kami adik beradik . And .. i really-really want to know it . How did you two .."
"Oppa lupa ke ?" Min memotong ayat Lee . "Inilah unnie yang pernah Min cerita kat oppa . Dia kawan internet Min." kening Lee terangkat mendengar penjelasan Min .
"So .. Oppa dan unnie belum jawab lagi soalan Min ."

Yeon termenung di depan cermin meja soleknya . Hatinya menjadi sakit apabila mengenangkan pertemuannya dengan Lee semalam . Kenapa dalam berjuta-juta lelaki, Lee juga yang harus dia jumpa ? Peristiwa sepuluh tahun lepas masih segar di ingatannya . Meskipun waktu itu mereka masih muda, Yeon tetap tidak boleh melupakannya .
"Yeon ? Ada masalah ke ?" tanya Shin .
"Eh ? Shin .. Bila awak masuk ?"tanya Yeon kembali .
"Baru saja .. Erm, awak kenapa ? "
"Tak ada apa-apa lah . Saya tengah fikir nak masak apa malam nanti ."
"Eh,omma kan ada ?"
"Shin~ Awak lupakah ? Omma ada dinner meeting malam ni."
"Eh ? Really ? Macam mana saya boleh lupa ?" Shin mencubit-cubit pipnya sendiri .
"Aigoo~ Saya tak sangka awak dah nyanyuk ." Yeon mengejek Shin .
"Yeon~ Saya belum nyanyuk lah!" Shin membaling bantal busuk milik Yeon tepat ke kepala Yeon .
"Shin !"

Tuesday 28 June 2011

I HATE THAT I LOVE YOU -episode 2

"Annyeonghaseyo .. My name is Lee Chang Sun . Just call me Lee ."
"Lee ? Hurm .. Kenapa tak paggil Chang Sun saja ? Kenapa guna nama keluarga ?" tanya Hara .
"Saya dah terbiasa kalau dipaggil Lee ." Lee membalas dengan senyuman .
"Huh ! Biasalah, orang Boston lah katakan .." tiba-tiba ada satu suara yang menyindir .
"Eh, Taecyeon pun dari Boston juga . Tapi kami tak panggil nama keluarga pun ?" sampuk satu lagi suara . Hara dan Lee menoleh ke arah suara itu .
"Oh .. Kembar tak sairas ni rupanya .. Lee, kenalkan Park Shin Hye and Park Ji Yeon . Mereka adik beradik kembar tapi tak seriras . Tapi perangai ada lah sikit-sikit yang sama . " ujar Hara .
"Oh ..." Lee menganggukkan kepalanya sambil matanya tak lepas memandang mata Yeon yang tajam itu .
"Apa pandang-pandang ?" marah Yeon .
"Bila masa saya pandang awak ? Perasannya~" Lee terus memandang ke tempat lain . Muka Yeon sudah merah . Rakan-rakan yang lain semua memandangnya .
"Geramnya~" kata Yeon perlahan .

Setelah keluar dari bilik pengurusan, Lee terus ke bilik latihan tarian .
"Hai, Lee . Mana kamu pergi tadi ? " tanya Hara .
"Saya ke bilik pengurusan . Kenapa ?" tanya Lee kembali .
"Encik Jell dah tetapkan yang awak akan masuk kumpulan kami . Jadi saya nak kenalkan pada awak . Ini ketua kumpulan, Junhyung, ini pula Joo, Dongjoon and Gongchan . Ada lagi seorang, awak dah jumpa dia pagi tadi ." terang Hara .
"Pagi tadi ? Errmm .. Yeon ?" Hara menganggukkan kepalanya .
"Sorry I'm la.... Apa dia buat kat sini ?"
"Hai, Yeon .. Dia masuk kumpulan kita ."Gongchan bersuara .
"Mwo ? Why ?? "tanya Yeon .
"Kenapa ? Yeon tak suka saya masuk kumpulan ni ?" tanya Lee .
"Eh, bukan .. maksud saya, kan banyak lagi kumpulan lain . Kenapa dia mesti masuk sini ." Yeon masih lagi tidak memandang Lee .
"Kalau nak tahu, tanyalah Encik Jell sendiri ."ujar Joo . Yeon terdiam .
"Dah-dah .. Jom mulakan latihan .Yeon, awak bertanggungjawab mengajar Lee step lagu Lollipop ." perintah Junhyung .
"Kenapa saya pula ?"
"Sebab awak dah mahir tarian tu .. And sebab awak maknae !" kata Dongjoon . Yeon memandang Lee lalu mencebik .
"Geramnya~"

Lee masuk ke biliknya dan terus baring di atas katil . Entah kenapa badannya terasa sangat lesu . Mungkin kerana sudah seminggu dia tidak rehat . Yeon selalu memaksanya berlatih walaupun dia sudah mampu mengusai tarian yang diajar oleh Yeon . Kadang-kadang dia tak faham dengan perangai Yeon yang seakan membenci dirinya .
"Oppa !" jerit Min .
"Yup .. Nak apa ?" Min bergerak ke tepi katil Lee .
"Oppa~ Boleh tolong tak ?" Min memegang jari jemari oppanya .
"Haish .. Ni mesti ada apa-apa ni .. Bukan main lagi Min main jari oppa ?" Lee sudah dapat mengagak . Min akan bermain dengan jarinya jika ada sesuatu yang dia mahu .
"Ermm .. Yagsog dulu .. "Min menghulurkan jari kelingkingnya . Dia meminta pinky promise dari Lee . Lee pula sekadar menyambut . Tidak mahu menghampakan Min .
"Erm .. Chingu Min ajak pergi Pulau Nami . Tapi omma tak bagi . Oppa tolong pujuk omma boleh ?" kali ini tangan Lee pula diurut .
"Huh ? Nami ? Bila nak pergi ?" tanya Lee yang sudah duduk tegak di hadapan Min bagai seorang ayah yang mahu memarahi anaknya .
"Oppa jangan macam ni . Tadi dah yagsog kan ..?" muka Min masam ..
"Itupun nak merajuk.."Lee tersenyum lalu mencubit pipi donsaengnya yang tembam itu .
"So ??"Min masih mengharap .
"Ok .. Tapi ada syarat ." Lee mengenyitkan matanya .
"Mworago ?"

Monday 27 June 2011

I HATE THAT I LOVE YOU -episode 1




"Sunnie ..! Cepat bangun ! Kamu ni .. hari-hari bangun lambat . Kamu lupa ke hari ni hari apa ? Takkan hari pertama pun lambat juga ?" bebel Puan Kim
Lee menggosok-gosok matanya ... 'Bising la omma ni...' rungut hati Lee .
"Yelah, omma .. " jawab Lee kemalasan .
Hari ini Lee akan memulakan latihan pertamanya di Korea . Dia baru berpindah dari Boston . Ommanya mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air setelah kematian bapanya . Syarikat JT juga telah bersetuju untuk menukarkan Lee ke Korea . Lee masih lagi berstatus trainer di Syarikat JT . Menurut pengarah, Encik Ji Hyun, Lee masih belum bersedia untuk menjadi penghibur . Masih banyak perkara yang perlu diperbetulkan dalam dirinya . Lee juga mengaku bahawa dia masih belum bersedia . Apatah lagi, dia baru sahaja kematian bapa tersayang .
"Sunnieeeeeeeeeeeeee ! Kenapa kamu masih terbaring di situ ! Cepat siap ! Hish .. Susah betul jadi omma kamu ... " Puan Kim marah-marah sambil mencubit pipi anak sulungnya itu .
"Ommaaaaa~ Sakitlah .. Yea .. Saya bangunlah ni . " Lee mencebik sebaik sahaja ommanya melepaskan cubitan .
"Cepat !" tersentak Lee dengan jeritan ommanya .
"Arasso~" Lee mencapai tuala yang tersangkut di tepi dinding dan dengan cepat dia masuk ke bilik mandi setelah menerima jelingan tajam ommanya .


Perlahan-lahan Min menyuap bubur nasi ke dalam mulutnya . Matanya tak lepas memandang ommanya .
"Omma ..? Are you ok ?" tanya Min .
"Uh ?? Aaa~ ok je .. Kenapa ?" jawab Puan Kim yang baru tersedar dari lamunan .
"Omma risau pasal oppa kan ?" tanya Min lagi .
Puan Kim mengeluh perlahan . Sememangnya Min anak gadis yang pandai . Min pandai membaca isi hatinya . 
"Omma tak payah risaulah . Oppa pandai sesuaikan diri . Lagipun Min nampak oppa macam dah ok sejak kita balik sini ." pujuk Min .
Puan Kim tersenyum kelat . Kata-kata Min memang ada benarnya . Tapi dia tetap risau . Lee seorang yang penuh dengan rahsia . Walaupun semasa kematian suaminya, anaknya itu tak pernah menitiskan air mata walau sekali pun . Puan Kim tahu . Lee bersikap begitu kerana tidak mahu membebankan hatinya . Dia juga tahu, Lee sedih kerana Lee dan suaminya amat rapat seperti kawan rapat yang tak dapat dipisahkan .
"Omma ? Kenapa termenung ? Saya nak pergi dah ni." Lee mematikan lamunan Puan Kim .
"Err .. Eh, Min ! Kamu masih makan ? Cepat sikit . Suruh abang kamu hantar ke kampus ." ujar puan Kim .
"Mwo ?? Oppa hantar ? Tak mahu .. Saya bukan budak kecil . Saya boleh pergi sendiri ." kata Min sambil menjeling oppanya .
"Ya~ kamu ingat kamu tu siapa nak cakap macam tu ? Kamu memang budak kecil . Tengok, rendah sangat !" Lee berdiri di sebelah Min yang sudah bersedia mahu ke kampus .
"Oppa~" muka Min masam mencuka .
"Ops.. Mianhae donsaeng .. Oppa tak berniat pun nak kata awak rendah . Hehe~" Lee mengusap kepala Min .
Puan Kim sekadar tersenyum melihat telatah dua orang kesayangannya itu .

I HATE THAT I LOVE YOU

Lee Chang Sun
  • anak yatim yang baru saja kematian bapanya . anak jati negara Korea tetapi telah 9 tahun menetap di Boston . seorang abang yang memahami kehendak adiknya . pandai menyesuaikan diri . pandai menari terutanya tarian ballet . pandai bermain bola keranjang tetapi berhenti bermain sejak tercedera sewaktu perlawanan . rapat dengan sepupunya, Lee Sungmin sewaktu kecil . jatuh hati pada Park Ji Yeon sewaktu kali pertama bertemu . 
Park Ji Yeon
  • adik kembar kepada Park Shin Hye . kawan rapat kepada Hara . benci kepada Lee Chang Sun kerana peristiwa 10 tahun lepas . kawan internet kepada Lee Min Young . seorang yang suka memendam perasaan . 
Lee Min Young
  • adik kepada Lee Chang Sun . manja tetapi tidak suka dianggap budak kecil . mempunyai ramai kawan internet, termasuk Park Ji Yeon . seorang yang mudah dibawa berbincang . pandai menyimpan rahsia . belajar di sebuah kampus dalam bidang lakonan . suka pada teman baiknya sewaktu kecil, Gikwang .
Goo Hara
  • rakan baik Park Ji Yeon . pernah bercinta dengan Junhyung tetapi secara rahsia .
Lee Sungmin
  • satu-satunya sepupu kepada Lee Chang Sun dan Lee Min Young . suka bersaing dengan Lee Chang Sun . menyimpan perasaan kepada sepupunya, Lee Min Young . cemburu dengan Lee Min Young dan Gikwang . setelah berjumpa Park Ji Yeon dia jatuh hati pula pada gadis itu . tidak ada perasaan tetap .
Junhyung
  • ketua kumpulan MoMo . menjadi teman Lee Chang Sun . seorang yang tegas . masih ada perasaan kepada Goo Hara . tidak banyak bercakap tetapi bukan seorang pendiam .  penggemar patung Pikachu . 
Gikwang

  • kawan baik Lee Min Young semasa kecil . hubungannya dengan Lee Chang Sun tidak baik kerana dia yang menyebabkan Lee Chang Sun cedera semasa perlawanan bola keranjang . menyimpan perasaan terhadap Lee Min Young tetapi malu untuk meluahkannya .

+friends+
Park Shin Hye
Suzy
Nicole
Shin Dongho
Dongjoon
Joo
Gongchan
Jo Twins


+Choi Min Ho and The Gang+