nuffnang

Tuesday 3 January 2012

I HATE THAT I LOVE YOU -episode 17



Setelah selesai membersihkan mukanya, Yeon membuka contact lens lalu memakai kaca matanya . Dia mengambil udara segar di balkoni biliknya . Suasana petang itu amat nyaman . Sesekali angin lembut menyapa pipinya . Dedauan yang berterbangan dibiarkan memasuki kawasan biliknya .
"Musim luruh~ " Yeon tersenyum .
Musim luruh adalah musim kegemarannya . Dia amat suka melihat dedaun berguguran menghiasi laman rumahnya .
"Yeon !" bahu Yeon ditepuk .
"Eh, Hara !? Bila sampai ? Kenapa tak bagitahu nak datang ? Alamak, bilik saya bersepah ni~~" Yeon kalut mngutip dedaun yang masuk ke biliknya .
"Baru je . Shin yang ajak datang . Tak apa lah .. Bilik saya lagi bersepah ." Hara tersenyum melihat gelagat Yeon .
Hara menuju ke balkoni . 
"Wah~ banyaknya daun kat laman awak ." kata Hara .
"Cantik kan ? Sebab tu saya suka musim luruh~ Hihi .." 
"Oh! Saya pula sukakan musim sejuk ! Saya suka salji~" ujar Hara pula .
Wajah Yeon serta merta berubah . 
Musim sejuk . Musim yang terpahit baginya .

Setelah meletakkan nota di dalam buku Joon, Yeon berlari keluar dari kawasan sekolah lalu menelefon Shin .
"Shin, cakap dengan Omma Yeon lambat sikit tau ."
"Yeon mesti nak jumpa namja tu kan ? Tak payah la Yeon, nanti terlepas flight pulak ."
"Sekejap je Shin... Yeon janji . Lepas jumpa dia Yeon terus pergi airport . Shin suruh Omma tunggu Yeon kat airport ye ."
"Baiklah . Sekejap je tau ! Flight ke Beijing pukul 6 petang . Ingat !"
"Ya !" Yeon memutuskan talian lalu berlari ke tempat yang dituju .
Salji mulai turun . Yeon menggigil sedikit kerana bajunya agak nipis .

"Yeon~" Hara mencuit bahu Yeon .
"Ah ? Ya ?"
"Kuat betul berangan~ Baru tengok daun, kalau tengok boyfriend mcam manalah ya ? Hihi .." seloroh Hara . Yeon turut tersenyum .
"Mana ada boyfriend lah Hara .. Lainlah awak tu kan ?" Yeon menepuk bahu Hara .
"Eh, mana awak tau saya dah baik dengan dia ?" Hara merapati Yeon .
"Alah~ tak payah tau, tengok je saya dah boleh teka .." 
"Hihi~ Alamak...malunya~" pipi Hara sudah kemerahan .
"Awak kahwin je la dengan Pikachu awak tu .. Berpisah macam mana pun tetap bersama juga~"
"Dia pun ada cakap macam tu kat saya . Nantilah, kalau jadi saya bagitahu awak ." Hara tersenyum riang .

Sehelai kertas kecil jatuh dari bukunya setelah diangkat . Joon lalu mengutip kertas yang sudah berada di lantai .
'Joon, saya tak main-main ! Saya akan ikut Omma saya ke Beijing . Saya akan menetap di sana sehingga tamat pelajaran . Saya harap dapat jumpa awak buat kali terakhir . Saya tunggu dekat pokok krismas besar di tengah pekan . Saya tunggu ! -Ji Yeon-'
Dada Joon bergetar setelah selesai membaca nota itu . Dia terus berlari meninggalkan rakan-rakannya yang lain .
'Saya tunggu !'
Joon seakan dapat mendengar suara Yeon . Dia nekad, dia akan meberitahu Yeon perkara sebenar . 
Joon berlari selaju yang mungkin . Kalau dia mempunyai kuasa, mahu saja dia terbang kepada Yeon pada saat itu . Joon sempat melihat Jam di pergelangan tangannya . 

"Hara, Yeon ... Jom turun, saya dah siapkan minuman " panggil Shin .
Hara dan Yeon bersama-sama menurun anak tangga .
"Cantik juga rumah ni .. Awak tinggal berdua je ke ?" tanya Hara .
"Boleh dikatakan macam tu la .. Omma dan Appa balik dua kali sebulan . Mereka lebih sukakan Beijing ." ujar Shin .
"Dan boleh dikatakan ini rumah saya, sebab saya yang mengemas, membasuh, memasak dan sebagainya .." Yeon berseloroh lalu menjeling pada Shin .
"Nak kata saya pemalaslah tu~~"
Mereka duduk di atas sofa empuk di ruang tamu rumah itu . Shin mencapai alat kawalan televisyen .

Yeon melihat jam di pergelangan tangannya yang menunjukkan angka 5:25 . Yeon menarik nafas dalam-dalam . Dia sangat berharap Joon akan datang . Meskipun dia tahu Joon akan menyakiti hatinya lagi, dia tidak peduli .
Cermin matanya hampir kabur akibat cuaca dingin . Jalan raya di hadapannya semakin sesak dengan kenderaan .
"Kalau dia datang apa yang dia cakap agaknya ?" Yeon bermonolog .
Yeon resah . 
"Yeon ?" Yeon perlahan-lahan menoleh .
"Joon !" Yeon berlari lalu memeluk tubuh tegap itu .
Joon juga mahu membalas pelukan itu tetapi egonya melarang .
"Wah~ pasangan bahagia lah !" tegur Choi Min Ho dan kumpulannya .
'Ah, mereka lagi ?!' kata hati Joon .
Joon menolak tubuh kecik Yeon .
"Joon .. Saya ada sesuatu nak cakap ."
Joon memandang Yeon . Dadanya bergetar . Dia tahu apa yang Yeon mahu katakan .
"Saya..cintakan awak . Joon, saya sangat cintakan awak !"
Hati Joon melonjak riang . Tetapi ekspresinya tetap sama . Dia melihat sekeliling . Choi Min Ho masih lagi berada di situ . 
Begitu besar sekali egonya .
"Teruskanlah, Joon . Kami akan beredar kalau awak nak ." Key tersengih .

Gelak tawa Hara dan Shin sekali lagi menghentikan lamunan Yeon .
"Yeon rasa tak sedap badanlah . Yeon nak naik dulu ya .." Shin dan Hara mengangguk .
Yeon hampir menaiki tangga namun langkahnya terhenti saat loceng rumahnya berbunyi .
Dia melihat Hara dan Shin tidak memperdulikan bunyi loceng itu . 
Yeon menuju ke pintu rumahnya lalu membuka perlahan-lahan .
"Lee ?" 
Lee terus memeluk Yeon . Yeon tersentak . Shin dan Hara juga terkejut tetapi mereka membiarkan saja .
"Err, Lee ? Kenapa ni ? Awak tak.."
"Kenapa tipu saya ?" pelukan Lee semakin erat . Yeon tergamam .
"Tipu ? Tipu apa ?" Yeon cuba menolak Lee tetapi tenaga lelaki itu lebih kuat .
"Park Ji Yeon ..."




No comments:

Post a Comment