nuffnang

Wednesday 4 January 2012

I HATE THAT I LOVE YOU -episode 18


"Joon .. Saya ikhlas cintakan awak ."
Choi Min Ho dan rakannya sengaja berdiri di situ . Mereka tersengih tanda mengejek Yeon .
"Saya .. Saya .." Joon serba salah . Dia juga ingin meluahkan perasaanyang sama pada Yeon . Tetapi dia malu pada rakannya yang lain .
"Awak apa ? Joon, saya dah tak ada masa ni . Kalau awak tak suka saya, tolong cakap sekarang . Saya tak mahu berterusan macam ni . Saya tak nak berharap, Joon ." Yeon memegang tangan Joon .
"Yeon, saya minta maaf ." Joon melepaskan tangan Yeon .
Air mata Yeon terus bergugugran di pipinya .
"Baiklah . Nampaknya saya dah ada jawapan untuk diri saya . Saya memang tak layak untuk mencintai ataupun dicintai awak . Saya ni hodoh . Saya hanya layak menjadi kuli awak je kan ? Saya pun nak minta maaf . Saya banyak menyusahkan awak ." perlahan-lahan Yeon menjauhkan dirinya dari Joon . Hati sedihnya sakit .
Nafas Joon seakan tersekat di dadanya . Dia makin tidak keruan . Joon menunduk ke tanah yang sudah berwarna putih ditutupi salji .
'Joon ! Kenapa dengan kau ni ? Sanggup ke kau kehilangan dia ?!' hati Joon memberontak .
"Yeon, saya .."
"Tak perlulah awak nak jelaskan . Saya dah faham . Saya sedar siapa saya pada awak . Saya pergi dulu, Joon . Selamat tinggal ." Yeon berlari melintasi jalan raya yang semakin sesak .
"Yeon ! Tunggu kejap ! " Joon menjerit .
Yeon menoleh . Dia dapat melihat Joon yang mahu melintas jalan itu .
"Yeon ! Tunggu ! Saya nak cakap sesuatu ! " Joon tergesa-gesa melintas jalan itu . Kenderaan pula semakin laju . Mungkin kerana permukaan yang licin akibat salji .
"Kalau nak sakitkan hati saya.. "
"Tak ! Saya nak cakap sesuatu ! " Joon memintas jeritan Yeon .
Dada Joon semakin kencang . Dia terus berlari.... Bum !!
Nafas Yeon terhenti sebentar . Orang ramai sudah pun berkerumun di situ . Kaki Yeon kaku . Mukanya pucat dan bibirnya menggeletar .

"Yeon ! Bangun, Yeon ! Kenapa ni ?"
Yeon membuka matanya lalu terus duduk menegakkan dirinya .
"Yeon, mimpi buruk lagi ya ?" Shin mengusap kepala Yeon .
Air mata Yeon berlinangan . Dia memeluk kembarnya itu .
Shin membalas pelukan Yeon .

Min menepuk kepala abangnya .
"Oppa ni kenapa ? Termenung macam apa je~"
"Diamlah, budak pendek !" Lee menjelirkan lidahnya .
Min dan ommanya saling berpandangan .
"Ingatan kamu dah pulih ?" tanya Puan Kim riang .
"Hampir-hampir kot .." Lee tersengih .
"Baguslah tu ." Puan Kim terus bangun dari duduknya .
"Omma nak pergi mana ?" tanya Lee .
"Omma nak call Yeon ."
"Yeon dah tau la, omma ." beritahu Lee .
Puan Kim terhenti . Dia dan Min memandang Lee dengan muka berkerut .
"Jadi kamu dah ingat Yeon ? Kamu tahu siapa dia ?" tanya Puan Kim .
"Erm, sikit-sikit je .. Tak pasti kenapa..saya macam ada salah dengan dia ." Lee merenung lantai .
"Apa yang oppa ingat ?" tanya Min pula .
"Oppa cuma ingat yang kami dulu rapat....dia selalu dengan oppa . Tu je la...kot ." Lee menggaru kepalanya .
Min mengeluh perlahan .

Petang Lee dan Junhyung keluar bersama Encik Jell . Mereka minum petang di Flower Boy Ramyun Shop .
"Maaflah . Saya sempat belanja mee murah ni je ." ujar Encik Jell .
"Tak apa . Lagipun mee kat sini sedap . Saya dengan ahli yang lain pun selalu makan kat sini . Tak pernah jemu pun ." kata Junhyung .
Sedang mereka asyik memakan mee, bahu Lee ditepuk seseorang .
"Eh, Gikwang . Buat apa kat sini ?"
"Jumpa kawan . Erm, boleh cakap sekejap ?"
Lee mengangguk lalu meminta diri . Dia mengikut Gikwang keluar dari kedai itu .
"Macam mana semalam ? Yeon cakap apa ?" tanya Gikwang . Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar kerana sejuk akibat angin musim luruh .
"Aku pun tak tau . Aku hilang kawalan, aku terus peluk dia bila dia buka pintu . Dia tolak aku, pastu terus tutup pintu . Kembar dia buka pintu tu balik then dia cakap Yeon dah masuk bilik dia . Aku confius lah .. Kenapa dia tak nak cerita perkara sebenar ?"
"Bukan kau seorang je yang confius .. Dia pun sama . Hurm, nampaknya masalah ni takkan selesai selagi kau tak ingat perkara sebenar ." ujar Gikwang .

Shin memandang Yeon .
"Oh ! Jadi Lee .. namja yang Yeon jumpa sebelum pergi Beijing tu ya ? Patutlah, masa Sungmin cakap panggilan Lee adalah Joon, Shin macam teringat sesuatu .."
"Sungmin .. Shin kenal Sungmin rupanya .. Playboy sekolah ."
"Playboy ? Haha~ Ada ke orang nak dia tu ? " Shin tertawa . Yeon memandang sekilas mata Shin . Tawa Shin terhenti .
"So .. Balik pada cerita tadi, apa yang dah jadi ? Macam mana dia boleh hilang ingatan ?" tanya Shin dengan nada yang lebih serius .
"Shin ingat tak, masa sampai Beijing omma tanya Yeon kenapa baju Yeon ada darah .. Tu darah Joon . Yeon pangku dia masa dalam ambulans ." terang Yeon .
"Hah ! Ya, Shin ingat . Tapi kenapa Yeon tipu omma ? Yeon cakap terkena dakwat .."
"Yeon takut .. Yeon yang bersalah . Kalau tak sebab Yeon, mesti Joon tak kena langgar ."
"Apa yang terjadi sebenarnya ?" tanya Shin . Yeon kemudiannya menceritakan peristiwa yang terjadi pada waktu itu pada Shin .

No comments:

Post a Comment